Bahan dan peralatan untuk menjahit manik dan labuci


1.    MANIK DAN LABUCI

 

v  Manik terdapat dalam pelbagai kualiti. Manik yang mahal lebih berkualiti serta tahan lama manakala yang murah kebiasaanya cepat kusam dan luntur warna serta tidak menyerlah keindahannya.

v  Bagaimana kita hendak mengenalpasti kualiti manik? Iaitu dengan cara penelitian terhadap bentuk dan pancaran warna kita boleh bezakannya, samada ianya jenis manik mahal / murah.

v  Terdapat  labuci pelbagai warna, bentuk dan saiz labuci dan dalam era moden dan ianya diperbuat daripada plastik.

 

 

2.    KAIN / FABRIK

 

v  Kain/ fabrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti chiffon, sutera, cotton, batik, viscose, satin dan pelbagai lagi. Yang penting adalah mengetahui ciri-ciri kain/ fabrik itu sendiri samada bermutu tinggi, tahan lasak, tidak mudah berbulu, renyuk, pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis.

v  Melalui perbezaan ciri-ciri kain/ fabrik akan memudahkan menyulam manik dan labuci. Jika  nipis, maka perlunya kain gam sebagai sokongan kepada jahitan dan jika tidak  ia akan merosakkan fabrik / kain. 

 

3.    JARUM

 

v  Jarum yang digunakan untuk menyulam manik sebaiknya jenis halus agar jahitan kelihatan kemas dan rapi. Lubang manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum dan jahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.

v  Jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya biasa digunakan oleh penyulam manik.

 

 

4.    BENANG

 

v  Dari jenis yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus.

v  Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan benang jenis nylon.

 

Kredit: Ahlami adila

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]