JENIS TOPPING DAN ICING


Antara jenis topping dan icing yang biasa digunakan dalam menghias kek/cupcakes

 

1) Coklat Ganache
Ganache adalah istilah Perancis yang merujuk kepada campuran yang halus dan licin seperti baldu yang terdiri dari coklat masakan dan krim yang dimasak untuk mencairkannya.
Coklat ganache boleh digunakan untuk topping dan dekorasi kek serta pastri dan bakeri. Ia boleh dipukul dan dijadikan sebagai filling (inti) atau aising, atau hanya curahkan ke atas kek yang anda suka.
 

2) Fondant

Fondant biasanya digunakan untuk menghias kek perkahwinan atau kek untuk majlis-majlis khas. Fondant boleh digunakan dalam pelbagai warna dan perisa juga bentuk dan rupa yang pelbagai juga. Fondant kini semakin digemari ramai.

Fondant pada asasnya dibuat menggunakan air dan gula. Terdapat juga fondant yang telah siap dan boleh dibeli dari kedai-kedai menjual peralatan dan bahan untuk membuat kek. Jenama yang terkenal adalah Wilton, Pettinice dan sebagainya.

3) Glaze

Glaze yang biasa digunakan ialah aprikot dan strawberi. Glaze dibuat dengan cara memasak jem, contohnya aprikot (pilih jem yang tidak mempunyai serabut buah di dalamnya) bersama air. Setelah itu bolehlah di sapu pada kek, roti dan sebagainya untuk menampakkan kilatan, kilauan atau glaze pada kek atau roti. Ia akan kelihatan lebih cantik dan berselera untuk dimakan.

4) Gumpaste

Gumpaste diperbuat daripada gum dan gula atau glukos yang lembut dan lambat untuk kering, menjadikannya satu bahan yang bagus untuk digunakan bagi membentuk hiasan yang boleh dimakan. Ianya lebih tahan dan keras berbanding fondant bila dibuat bunga-bunga dan bentuk-bentuk tertentu untuk menghias kek, biskut dan roti.
 

5) Krim Mentega (Butter Cream)
Krim mentega boleh digunakan dalam pelbagai warna dan perisa. Krim mentega juga boleh digunakan untuk inti (filling) dan juga untuk menghias dipermukaan kek, biskut dan roti.

Bahan asas untuk membuat krim mentega ialah gula aising dan mentega. Jika suka anda boleh menambahkan perisa vanilla, strawberi, coklat dan lain-lain, ditambah pewarna, susu dan sebagainya menurut kegemaran anda.
 

6) Krim Putar (Whipped Cream)

Krim putar dibuat dengan cara memutar krim cecair sehingga menjadi pekat dan boleh dibentukkan. Krim putar boleh dijadikan hiasan di atas kek, biskut dan roti dan juga sebagai filling (inti). Ia biasanya dimaniskan dan boleh diperisakan dengan pelbagai perasa yang anda gemari. Krim putar juga boleh diwarnakan mengikut kegemaran anda.

Nota: Jangan putar terlalu lama kerana krim putar akan menjadi cair dan mungkin susah atau tidak sesuai lagi digunakan untuk menghias dan sebaiknya diputar menggunakan bekas stainless steel yg telah disimpan dalam peti sejuk sebelum menggunakannya.


7) Piping Gel
Piping gel adalah gel yang jernih, boleh diwarnakan mengikut kesukaan anda. Piping gel boleh digunakan untuk membuat gambar pada kek dan lain-lain bagi mendapatkan glass effect (efek seakan-akan gelas).

Piping gel boleh dibeli dari kedai bakeri atau dibuat sendiri dengan menggunakan gula, tepung jagung, jus lemon dan air.
 

8) Royal Icing
Royal icing ialah icing (aising) yang lembut bila dibuat dan akan menjadi keras setelah diratakan atau dipaipkan ke atas kek, biskut atau roti. Royal icing diperbuat dari gula aising dan putih telur. Ia boleh ditambah jus lemon atau limau nipis jika suka.

Untuk mendapatkan kek, biskut atau roti yang lebih menarik dan sedap anda boleh juga menggunakan lebih dari sejenis toping dan frosting. Contohnya: coklat ganache dihiasi strawberi, krim mentega yang ditabur dengan manik-manik berwarna-warni, royal icing dihias dengan bunga-bunga gum paste dan sebagainya bagi membuat filling dan toping biskut, roti dan kek.

Kredit: Umie Msak-Masak

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]