10 Alat Dan Bahan Pelengkap Kraf


1. Gunting
Rasanya gunting memainkan peranan yang sangat penting. Tak ada gunting, macam mana nak potong kain felt atau riben?Banyak jasanya gunting kepada aktiviti kraf yang dibuat.

2. Pen knife
Yang kedua terpenting selepas gunting terutamaya kalau nak potong kad dengan kemas dan cantik. Kalau pakai gunting, biasanya bengkang bengkok kalau nak potong lurus bebanding dengan pisau.

3. Cutting board/ mat
Penyelamat kepada kerja-kerja memotong menggunkan pen knife. Kalau tak, habislah meja atau lantai parquet anda bergoresan.

6. Big shot dan dies
Bagi peminat craft berasaskan felt, big shot satu kemestian. Boleh dikatakan bigshot membantu menghasilkan potongan yang cantik dan kemas. Rasanya tanpa bigshot, hasil kraf tidak akan kelihatan professional.

7. Ribbons
Salah satu bahan asas utama yang banyak digunakan dalam kebanyakkan produk keluaran Azurammel adalah ribbon selain daripada felt. Macam-macam boleh dibuat dengan sedikit kreativiti.

8. Buttons
Begitu juga dengan buttons, antara bahan asas kesukaan yang banyak potensi hasil kraf yang boleh diterokai. Yang penting, kreatif. Bukan setakat untuk dijadikan kancing baju, tetapi boleh dijadikan brooch, pin, hiasan tambahan untuk head skaf dan bermacam-macam lagi.

9. Kamera (Smartphone pon boleh)
Ok, mungkin bukan sebahagian daripada alatan kraf, tetapi kamera adalah alat yang banyak digunakan kami untuk dokumentasi dan persembahan.

10. Benang dan jarum
Tidak lupa juga benang dan jarum. Asas kepada kraf. Pilihan utama apabila glue gun tidak diperlukan.

Kredit: De little Yuyu Craft

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]