Lembu Ada 4 Perut?

SY | 09-03-2020
Comel gila!

Lembu Ada 4 Perut? Biar Betul!

 

Sejak semalam, saya lihat ada perdebatan tentang perut lembu. Ada kata ini perut lembu, ada kata itu perut lembu. Bila saya lihat, tak ada yang salah. Semua betul. Semua tu perut lembu atau babat.

 

Perut lembu ada empat: rumen, retikulum, omasum, dan obamasum. Setiap perut ini bentuk dan tekstur dalaman dia lain-lain. Rujuk gambar!

 

 

A— Rumen / Perut Tuala
Bahagian dalamnya berbulu-bulu(vili), menyerupai tuala. Ia juga digelar perut tebal.

B— Retikulum / Perut Sarang Lebah
Bahagian dalamnya bercorak seperti sarang tebuan (honeycomb) atau jala.

C— Omasum / Perut Kitab
Bahagian dalamnya mempunyai lapisan yang menyerupai lembaran kitab.

D— Abomasum / Perut Jerami
Bahagian dalamnya mempunyai rabung(rugae) menyerupai jerami nangka.

Sebagai makanan, paling popular adalah perut tuala serta perut kitab yang lazimnya dibuat kerabu dan satay. Perut sarang lebah dan perut jerami kurang popular.

Selain itu, ada dua lagi jenis perut iaitu perut muda dan perut tua. Secara teknikal ia bukan perut, tetapi usus. Perut muda adalah usus kecil, dan perut tua adalah usus besar.

Begitu! OK dah boleh berhenti berdebat.

 

Kredit : mediarakyat.blogspot.com
 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]