Kisah Penderaan dan Pembunuhan Adrian Jones Tahun 2015

SY | 05-03-2020
Adrian Jonas

Apa yang boleh dikatakan kisah penderaan ini sangat kejam dan berhati binatang! Selayaknya umur 7 tahun begini dibelai dan disayangi kerana tubuh badan yang kecil masih memerlukan perhatian dan perlindungan daripada ibu bapanya.

Bagaimana ibu bapa seperti ini sanggup memperlakukan tindakan kejam sebegini? Memang tidak masuk akal. Tapi itulah yang berlaku kepada anak yang malang ini, Adrian Jones di bandar Kansas, US.

Michael Jones, ayah kandung kepada Adrian, 46 tahun diberi hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun manakala isterinya merupakan ibut tiri, 31 tahun sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

 

Apa yang telag dilakukan oleh Michael Jonas sehingga pembunuhan anaknya ini dilabelkan ngeri dan kejam? Berikut adalah apa yang telah dilakukan ibu bapa yang kejam ini:

- Michael Jonas meletakkan sistem pengera pada tempat simpanan makanan bagi mengelakkan Adrian yang kelaparan dari mengambil makanan.

 

- Adrian telah dipaksa berdiri di dalam kolam renang yang kotor selama berjam-jam lamanya.

 

- Adrian telah diikat pada meja songsang.

 

- Mulut bengkak berdarah akibat mengigit pintu kayu untuk selamatkan dirinya. Manakala kedua-dua tangannya diikat.

- Badannya diikat pada papan pemotong untuk tegakkan badan.

 

- Adrian terpaksa berbogel dan berdiri di bawah pancuran air mandi yang telah diubah suai supaya dia tidak dapat melepaskan diri.

- Adrian kadangkala dipukul dengan bahagian belakang penyapu oleh ibu tirinya.

- Ibu tirinya mengurung Adrian di sebuah bilik mandi

- Selain didera dan dibiarkan kelaparan, Michael merakam semua penderaan terhadap Adrian melalui 30 kamera litar tertutup yang dipasangnya. Memang psiko!

 

- Setelah Adrian meninggal dunia, mayatnya telah diberikan kepada khizir peliharaan Michael untuk dimakan.

- Kematian Adrian ialah pada September atau Oktober 2015, namun tidak dilaporkan.

 

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]