DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER


Pasti masih ramai di luar sana yang belum membaca novel Love Lila karya Rin Ahmad ini kan? Admin terbaca satu review tentang novel Love Lila yang pasti akan membuatkan pembaca tertarik untuk membaca karya Rin Ahmad ini.

Selain itu, novel Love Lila mengupas tentang sejenis penyakit yang jarang dihidapi oleh rakyat Malaysia tetapi penyakit ini tanpa disedari boleh membawa maut iaitu Penyakit Creutzfeldt–Jakob (vCJD). Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Creutzfeldt–Jakob klasik iaitu penyakit otak degeneratif yang membawa maut. Gejala awal termasuk masalah ingatan, perubahan tingkah laku, penyelarasan yang lemah, dan gangguan visual. Demensia kemudian, pergerakan sukarela, buta, kelemahan, dan koma berlaku. Kira-kira 70% orang mati dalam tempoh satu tahun diagnosis.

Jom kita baca review Saudari Athirah Amri tentang novel Love Lila.

Aku mengenali Rin Ahmad melalui naskhah Gadis Edisi Terhad, Lelaki Edisi Terhad dan The Ex
.
Bagi aku setiap naskhah yang dihasilkan oleh Rin Ahmad setakat ini, tak pernah mengecewakan aku sebagai pembaca dan setiap satunya mempunyai kekuatan dari segi jalan cerita dan perkembangan watak
.
Love Lila juga sama. Satu kisah cinta yang diangkat dari level kisah cinta cliche'. Plot cerita da bomb! Superb. Penuh dengan konflik baik dari hubungan antara Jude dan Lila, Jude dan family Johari, Jude dan team yang memanipulasi teknologi, Jude dan vCJD tapi tetap di garapkan dengan sangat tersusun oleh penulis. Kesinambungan antara bab juga konsisten. dan boleh dikatakan hampir setiap bab dihujungnya pasti ada peribahasa baru yang jarang didengari!
.
Kisah Jude dan Lila pada aku , memang kisah yang matang, unik tapi penuh misteri dan rahsia. Kedua-dua watak utama ditonjolkan dengan kekuatan masing-masing. Tak perlu dialog yang banyak untuk mengajak pembaca sama-sama merasai pengalaman mereka, cukup dengan pemilihan kata dan ayat yang tepat untuk menghayati. Penggunaan teknik flashback yang ada bagi aku takkan menyebabkan kekeliruan sekiranya pembaca baca dengan teliti
.
Paling penting
.
Rin Ahmad selalu bawa pembaca membuka mata dan minda untuk meneroka 'dunia' yang baru tak kira dari segi plot cerita, perkembangan watak in terms of personality and career yang jarang diketengahkan. Ilmu- Ilmu baru sentiasa ada untuk pembaca. Aku sangat yakin Love Lila di hasilkan setelah membuat banyak rujukan. Menggabungkan dunia ilmu perubatan, flight nurse, department A&E, (vCJD) dengan ilmu robotik, teknologi memang lah sangat mengujakan!
.
Serius, Mengujakan!
.
Tahniah buat penulis 🌻 rin ahmad!
.
note: Love Lila ni baru betul kalau nak guna peribahasa don’t judge a book by its cover 😂 contra habis

.

Apa perasaan anda selepas baca review ni? Menarik kan? Lebih banyak isu-isu di luar jangkaan yang diketengahkan oleh novelis tersohor Rin Ahmad di dalam karya Love Lila ini. Anda pasti tidak akan kecewa sekiranya memiliki novel ini.

Kredit review dan gambar: 

petanipintar.blogspot.com

Karya Lepak Fan Page

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]