Mudahnya buat kuih talam


Mudahnya buat kuih talam

Resipi ini sangat mudah dan mengambil masa sekitar sejam sahaja membuatnya. Sesuai juga dijadikan buah tangan ketika berziarah ke rumah teman. Anda boleh memilih sama ada mahu menggunakan acuan lompang atau pun tin talam yang besar.

Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Pengalaman mengajar supaya tidak meneruskan budaya resipi ‘agak-agak’ kerana ia tidak selamat.

Gunakanlah acuan sudu, cawan dan liter yang standard dan bukannya sudu atau cawan di rumah kerana isipadunya tidak sekata.

Sekiranya anda mahu membawanya sebagai hidangan pencuci mulut makan tengah hari atau minum petang pada hujung minggu, boleh mula memasaknya sekitar jam 8 pagi. Paling penting bahannya disediakan awal dan disusun. Cara ini akan menjimatkan masa dan memastikan ia siap seperti dirancang.

Resipinya

A.Bahagian bawah

• 1 cawan tepung beras

• 2 sudu tepung kastard

• 2 cawan santan pekat

• Sedikit pewarna kuning

• ½ cawan gula

• 1 cawan jagung manis berkrim

B.Bahagian atas

• 1 cawan tepung beras

• 2 cawan santan pekat

• ½ sudu garam

• Daun pandan

Tip ketika membuat kuih talam

1.Sukatan cecair atau santan sangat penting. Terlebih atau terkurang akan mempengaruhi hasil akhir kuih talam sama ada terlalu lembik atau keras.

2.Gunakan penyukat khas bagi memastikan sukatan yang tepat.

3.Tapis adunan sebelum memasak untuk mendapat mendapat tekstur yang halus.

4.Ketika memasak adunan atas atau bawah sehingga naik wap, pastikan apinya sederhana. Kacau selalu supaya tidak berketul.

5.Hasil menggunakan santan asli dan santan segera sangat berbeza dari segi lemaknya.

6.Gula dan garam boleh dikurangkan bagi menjadikan kuih talam lebih sihat.

7.Santan boleh digantikan dengan susu rendah lemak.

8.Jika menggunakan loyang, sapu sedikit minyak dahulu sebelum dilapis plastik.

9.Jika menggunakan acuan pula contohnya acuan lompang, sapu minyak dahulu.

10.Sebelum menambah adunan kedua, cakar adunan pertama dengan garpu supaya adunan kedua mudah melekat.

11.Kuih perlu dibiarkan sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dipotong.

12.Gunakan pemotong plastik untuk hasil yang kemas ketika menghidang.

13.Apabila menggunakan santan, elok menambah daun pandan bagi menambah wangi.

 

Kredit: Harian Metro online

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]