PETUA LAMA WARISAN KITA




BANYAKKAN SUSU BADAN

 

Seronok bayi kita kalau dapat hisap susu sampai kenyang, kan? Namun, ada setengah-setengah ibu merintih bila susu badan kurang. Bayi meragam kerana masih lapar. Orang tua-tua ada petua untuk meriahkan susu badan.

  • Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
  • Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua atau tiga kali sehari.
  • Parut lobak putih dan kisar halus. Campur dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  • Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam.

 

RAWAT PAYU DARA BENGKAK

Bila bayi tidak menyusu sedangkan susu semakin mencurah-curah, payu dara akan membengkak. Ini mendatangkan rasa gelisah dan demam si ibu. Kadang-kadang susu tidak mahu keluar tetapi payu dara membengkak. Ada cara untuk mengatasi masalah ini.

  • Sapu minyak masak di atas sehelai daun mengkudu. Layurkan di atas api. Kemudian tekapkan di atas payu dara. Lakukan sekali sehari sehingga bengkak hilang.
  • Tekapkan tuala yang telah direndam dalam air suam di sekeliling buah dada yang bengkak. Insya-ALLAH bengkaknya akan berkurangan dan air susu akan mula mengalir keluar.
  • Tumbuk lumat sedikit daun bayam tanah dan kapur sirih. Kemudian sapu ramuan ini pada buah dada. Elakkan terkena puting susu.
  • Cuci daun kacang panjang dengan air dari kapur sirih dan ramai secukupnya. Setelah itu, tampalkan pada buah dada yang bengkak. Biasanya, buah dada yang bengkak itu akan terasa panas. Daun kacang panjang cepat kering. Apabila sudah kering, segeralah gantikan daun lain. Lakukan beberapa kali sehingga bengkak susut dan hilang sakitnya.
BUKU BERKAITAN

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]