Mengenali Peralatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini kita bertemu lagi di dalam sesi suai kenal..hee.. Kalau sebelum ni saya dah kenalkan baking ingredients, hari ni saya nak kenalkan peralatannya pulak. Tapi, tak banyak mana pun, ada la dalam 11 jenis peralatan asas untuk membaking. Saya harap apa yang saya nak kongsi bersama dengan anda kali ini, dapat membantu anda yang dalam kategori "beginner" macam saya ni.. Mari kita mulakan..

1) Ketuhar

Ada terdapat pelbagai jenis ketuhar sama ada ketuhar elektrik atau pun gas. Ketuhar yang paling baik untuk membakar kek ialah jenis "convention oven" iaitu ketuhar elektrik yang mempunyai api atas dan bawah dan fungsi grill. Untuk membakar kek keju atau kek-kek yang lain, perlu menggunakan api atas dan bawah. Ketuhar api sahaja tidak sesuai untuk membakar kek keju kerana permukaan kek tidak perang dan tidak masak dengan sempurna. Sebelum anda membakar kek, panaskan ketuhar ke suhu 180dC selama 15min, kemudian baru masukkan kek. Untuk membakar kek keju, selalunya mengambil masa 1 jam atau lebih. Untuk kek yang lebih kecil seperti kek cawan atau mufin, masa membakarnya adalah lebih singkat iaitu 30 min. Ada sebahagian kek keju yang menggunakan teknik khas iaitu membakar secara 'steam bake' atau juga dikenali sebagai 'bain marie'. Caranya ialah meletakkan kek di atas bekas berisi air dan dibakar seperti biasa. Ini bermakna, kek itu dimasak menggunakan haba dari air dan memastikan ia masak dengan elok dan permukaannya tidak merekah. Biasanya suhu ketuhar diturunkan ke 160dC dan dibakar selama 1 1/2 jam. Membakar secara ini tidak menjejaskan fungsi ketuhar anda.

2) Pengadun Elektrik (Mixer)

Anda boleh menggunakan pengadun elektrik jenis tangan atau pengadun besar dan lain-lain. Jika menggunakan pengadun kecil, masa memukulnya adalah lebih lama.

3) Alat Pemarut

Digunakan untuk memarut oren, kulit limau, lobak dan lain-lain supaya halus. Terdapat beberapa jenis mata parutan yang boleh digunakan. Jika mahu bahan kelihatan halus, gunakan mata parutan yang kecil, begitu juga mata parutan yang besar untuk hasil yang lebih besar.

4) Tin Pembakar (Loose Tin)

Gunakan tin pembakar dari aluminium kerana ia menyebarkan haba dengan lebih sempurna. Sebahagian resepi kek keju menggunakan tin jenis boleh ditanggal (loose tin) agar ia mudah dikeluarkan terutama kek keju jenis dingin. Bagi kek yang menggunakan teknik 'steam bake' anda boleh gunakan tin pembakar jenis ini tetapi bahagian bawah tin hendaklah dilapik dengan kertas aluminium (aluminium foil) supaya air tidak meresap ke dalam kek.
 

5) Lain-lain peralatan ialah seperti mangkuk pengadun, pemukul telur, penimbang, penyukat air, pengayak tepung, cawan dan sudu penyukat, pengaut, senduk kayu, dan lain-lain. Anda boleh mendapatkan peralatan ini di kedai bahan kek dan pasarraya.

6) Kayu Penggelek (Rolling Pin)

Digunakan untuk mencanai doh supaya menjadi nipis dan adunan rata. Apabila diletakkan di dalam acuan pai atau tat ia kelihatan cantik dan rata.

7) Penimbang Digital

Alat penimbang memainkan peranan penting untuk mendapatkan nisbah bahan kepada satu resepi yang betul. Alat penimbang digital (menggunakan bateri) adalah menepati kadar timbangan berbanding alat penimbang biasa. Tetapi alat ini sensitif kepada gegaran dan angin kipas.

8) Tin Pembakar Biasa

Tin pembakar biasanya mempunyai saiz yang tertentu. Ianya boleh digunakan untuk membakar kek span dan tidak sesuai untuk digunakan untuk membuat kek yang mempunyai lapisan biskut dibawah.

9) Spring Form

Terdapat juga bekas pembakar yang mempunyai sisi boleh dibuka. Ianya memudahkan untuk mengeluarkan kek yang berjenis dingin beku.

10) Sudu Sukatan

Gunakan sudu sukatan yang dikhaskan untuk mentukat bahan-bahan berdasarkan kehendak resepi. Jangan guna sudu dapur kerana nilai sukatannya tidak menepati sudu sukatan. Selalunya sudu digunakan untuk menyukat cecair dalam nisbah yang sedikit, misalnya esen perisa dan pewarna.

11) Alat Pemukul Telur

Digunakan untuk memukul telur agar kembang dengan menggunakan tangan. Alat ini juga digunakan untuk menggaul bahan-bahan cecair agar sebati.

Kredit: blog teratak jernih

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]