MENJAHIT MANIK DAN LABUCI


MENJAHIT MANIK DAN LABUCI

Manik boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik pada pakaian, atau membuat beberapa item yang lain. Ini adalah bentuk umum dari perhiasan untuk kaumperempuan, dan boleh dibuat dengan cara yang berbeza sesuaidengan keperibadian.Dalam mencorakkan jahitan manik, sebenarnya iamemerlukan kreativiti seseorang penyulam untukmengkombinasikan manik-manik berdasarkan bentuk, saiz danwarna. Ada yang menggunakan warna yang sama dalam menghiasjahitan manik tetapi mengambil pendekatan denganmenggunakan bentuk dan saiz yang berbeza-beza.

Manik Beras/ Rice Beads/ Manik Padi. Sesuai bagi semua jahitan manik mengikut kesesuianselalu corak yang dijahit mengunakan manik ini ialah sepertibunga kekwa/teratai/ 3D dan lain-lain. Terdapat beberapa saiz dan warna. Jenis Glass/kaca adalah yang paling terbaik dan lebih berkilat berbanding ABS yang diperbuat dari plastik dan kurang berkilat

Manik silinder/ manik 2 cut sesuai bagi sesetengah jahitan manik vterdapat beberapa saiz dan warna terdapat beberapa jenis iaitu manik bulat dari jepun, taiwan, korea, china best on top sales ialah manik Jepun.(terdapat beberapa jenama di pasaran seperti Mayuki, Mayuku, MGB, Apple, dll)Manik bulat / round beads manik ini selalu dibuat di renjisan akhir dalam jahitan crumbles sesuai bagi semua jahitan manik terdapat beberapa saiz dan warna terdapat beberapa jenis iaitu manik bulat dari jepun, taiwan, korea, china best on top sales ialah manik Jepun.(terdapat beberapa jenama di pasaran seperti Mayuki, Mayuku, MGB, Apple, dll)

 Mutiara/ Pearl terdapat banyak saiz dan warna terdapat beberapa jenis iaitu ABS, Glass, dan Mutiara air masin/tawar selalunya mutiara ini di jahit manik dan perhiasan seperti membuat bunga telur, rantai dll. Penggunaan yang meluas dari segi jahitan manik seperti crumbles dll. Labuci-labuci ini ada macam-macam bentuk. Terdapat bentuk bunga, ada bentuk bulat, bentuk segitiga. Terdapat banyak saiz dan warna

MANIK DAN LABUCI - Manik dan labuci terdapat dalam pelbagai kualiti. Ada yang mahal lebih berkualiti serta tahan lama manakala yang murah kebiasaanya cepat kusam dan luntur warna serta tidak menyerlah keindahannya. Bagaimana kita hendak mengenalpasti kualiti manik dan labuci? Iaitu dengan cara penelitian terhadap bentuk dan pancaran warna kita boleh bezakannya, samada ianya jenis manik mahal / murah. Terdapat labuci pelbagai warna, bentuk dan saiz labuci dandalam era moden dan ianya diperbuat daripada plastik.

KAIN DAN FABRIK - Kain/ fabrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis sepertichiffon, sutera, cotton, batik, viscose, satin dan pelbagai lagi. Yang penting adalah mengetahui ciri-ciri kain/ fabrik itu sendiri samada bermutu tinggi, tahan lasak, tidak mudah berbulu, renyuk,pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis. Melalui perbezaan ciri-ciri kain/ fabrik akan memudahkan menyulam manik dan labuci. Jika nipis, maka perlunya kain gam sebagai sokongan kepada jahitan dan jika tidak ia akan merosakkan fabrik / kain.

JARUM - Jarum yang digunakan untuk menyulam manik sebaiknya jenis halus agar jahitan kelihatan kemas dan rapi. Lubang manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum danjahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.Jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya biasa digunakan oleh penyulam manik.

BENANG - Dari jenis yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus. Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan benang jenis nylon.

WATER ERASEABLE PEN - Digunakan untuk melakar corak sebelum proses menjahit manik dan labuci. Kesannya lukisan mudah tanggal jika dibasuh.

CUTTER ATAU GUNTING - Digunakan untuk menggunting benang untuk menjahit manik dan labuci.

JAHIT MANIK PINTALAN

  1. Mula jahitan dari awal garisan, masukkan 6 biji manik.
  2. Rapikan lurus ikut garisan, cucuk jarum di kain pada manik terakhir.
  3. Keluarkan benang di tengah-tengah antara manik ke-3 ke-4 sebelah kanan.
  4. Susup jarum di bawah deretan manik keluar ke sebelah kiri. Masukkan 6 biji manik lagi, ulangi langkah seperti no 2, 3 & 4.
  5. Keluarkan jarum di depan barisan manik pertama. Pastikan benang keluar di tengah-tengah barisan manik kedua sebelah kanan. Seperti sebelumnya, susup ke sebelah kiri dibawah deretan manik kedua.
  6. Rapikan jahitan, dan pintalan mula timbul. Ulangi langkah sehinggalah siap.

JAHIT MANIK TERATAI

  1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini buat bulatan saizpenutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen.
  2. Untuk setiap kelopak gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum diatas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar. (Terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci kecil terlentang + manik).
  3. Kemudian turunkan labuci seperti kedudukan ini menghalake tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.
  4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

Untuk tengah bunga, jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang ditengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

MENJAHIT MANIK MANJALARA

  1. Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan eraseable pen atau kapur lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik putih.
  2. ahitkan manik di setiap penjuru mengikut bentuk yang dilukis.
  3. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon & 3 manik putih. Jahitkan sebelah menyebelah.
  4. Penuhkan semua kelopak bunga.
  5. Jahitan di belakang kain akan kelihatan begini. Jahitkan kain lain untuk tutup kesan jahitan
  6. Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah bunga menggunakan manik mutiara. Untuk lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3 atau 4 kuntum.

MENJAHIT MANIK JELUJUR SALUR PAUT @ TALI AIR

  1. Sekiranya corak baju yang hendak disulam terletak di tengah badan baju, elok menggunakan ram supaya mudah untuk disulam.
  2. Mulakan di mana-mana hujung corak cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan 5 hingga 6 biji manik. Bentukkan barisan manik tersebut betul-betul di atas corak yang hendak dibentukkan itu.Cucuk jarum dihujung manik terakhir.
  3. Keluarkan semula jarum di antara manik ke 2 & ke 3 di sebelah dalam lengkungan manik. (Setiap kali menjahit sekira bentuknya adalah melengkung pastikan jarum dikeluarkan disebelah dalam lengkungan)
  4. Susupkan jarum melalui lubang manik keluar mulai dari manik yang ke 3 hingga manik
  5. Ulangi langkah 2,3 & 4 dengan memasukkan lagi 5 – 6 biji manik mengikut bentuk yang ingin diikut/dilukis.
  6. Beginilah rupa manik jelujur sulut paut @ tali air yang sudah dijahit. Kesannya amat dramatik dan timbul serinya.
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]