12 Tips Baking Untuk Yang Baru Mula : Asas-asas Baking


Tips Baking Untuk Yang Baru Mula

 

1.Sukatan bahan-bahan sangat penting dalam baking. Boleh guna sukatan cawan dan sudu yang standard atau labur sikit duit untuk membeli "timbang digital"yang khas untuk dapur. Contoh kalau resepi menyatakan 1 cawan tepung jangan pula kita padat padatkan tepung tersebut kat dalam cawan tu. Aandai terlebih cuma ratakan dengan menggunakan pisau dengan membuang lebihan tepung kat cawan tu je.

 

2. Paling penting, sebelum nak mula membaking perkara pertama yang kita kena buat ialah dengan membaca resepi dengan teliti. Baca dua tiga kali untuk memastikan yang dapur kita ada bahan-bahan yang dinyatakan. Sediakan bahan-bahan serta barang barang yang diperlukan di depan mata supaya tak ketinggalan satu pun. Alaskan "kawasan" membaking dengan surat khabar supaya mengurangkan kerja pembersihan selepas proses pembuatan. Buat memang best, bagi berterabur dan sepah pun best. Bila tiba masa untuk mengemas baru tahu langit tinggi atau rendah. Mulalah mengantuk je hehe...

 

3. Keluar dan letakkan bahan-bahan untuk baking di dalam suhu bilik. Kenapa? Kerana bahan bahan yang berada dalam suhu bilik lebih mudah untuk diadun dan adunan akan menjadi lebih banyak.

4. Guna bahan bahan yang fresh untuk hasil yang memuaskan dan berkualiti. Jangan guna tepung yang telah disimpan agak lama dan pilih bahan-bahan yang berkualiti.

5. Sediakan loyang sebelum proses membakar. Griskan loyang dengan marjerin dan tabur dengan sedikit tepung untuk mengelakkan biskut yang telah dibakar melekat kat loyang. Kalau dah malas sangat guna la alternatif lain. Boleh jugak letak parchment paper atas loyang. Lagi senang. Kurang sikit kerja membasuh hehe..

6. Kalau ada guna bahan-bahan seperti buah buahan kering ke kekacang ke kenalah campurkan dengan sedikit tepung supaya bahan-bahan tu tak mendap berada di bahagian paling bawah sekali bila time membakar kek tu.

7. Sentiasa pre-heat oven sebelum proses membakar biskut dan kek. Kebiasaannya akak baker akan pre-heat oven selama 10-15 minit dengan suhu 200 darjah celcius untuk brownies dan 180 darjah celcius selama 15 minit untuk biskut dan kek. Selepas pre-heat tolongggglah masukkan kek atau biskut cecepat ya, Kalau tak nanti kek tu kerasss.

8. Jangan terlebih adun (over mix) bila bahan-bahan dah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi. Just kacau sikit-sikit dengan menggunakan sudip kayu. Kalau guna mixer boleh tukar kelajuan mixer tu ke speed yang paling sloww.

9. Guna rak yang paling tengah semasa membakar kek atau pun biskut melainkan di resepi kata bakar paling bawah ke paling atas okay.

10. PALING PENTING! TOLONGGGLAH, jangan sesekali buka pintu oven semasa kek sedang dibakar. Tenggelam ke lautan biru la kek uolls nanti tau. Masa tu bakar lah 3 jam pun kek tu takkan naik dah. BANTAT!!

11. Jangan terlebih bakar. Bila dah oven tu berbunyi "TINGGGGG..." terus buka pintu oven dan cucuk kek tu kat tengah tengah dengan "cake tester" atau pencungkil gigi (yang belum pakai yeee). Bila dikeluarkan tu nampak bersihh je maknanya kek tu dah masak. Kalau sebaliknya bakar semula kek tu untuk beberapa minit lagi.

12. Dah masak keluarkan kek dan kemudian sejukkan sebelum memulakan aktiviti menghias kek. Hias masa masih panas panas cair melelehhh buttercream uols nanti.
 

Kredit: blog siti zulaikha olivia

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]