Tip-tip memilih & membeli kain lace bagi hari perkahwinan


Tip-tip memilih & membeli kain lace bagi hari perkahwinan anda:

1) Untuk kelihatan mewah & cantik,seeloknya pilih lace yang mempunyai corak bunga yg jelas kelihatan bentuk & corakknya.

2) Sekiranya anda berbadan sedikit berisi,elakkan membeli bentuk bunga lace yg besar,sarat & berkilat. Tapi jgn risau,anda boleh bergaya dgn lace yg mempunyai manik & labuci,cuma pastikan,bentuk bunga itu kecil & comel2 agar kelihatan manis & ayu.

3) Elakkan membeli kain lace yg sudah SIAP DIPOTONG dua bahagian,iaitu 2 meter baju & 2 meter kain. lagi2 lace yg berkaki. Lace seperti ini,sukar untuk dipotong oleh tukang jahit. Bukan semua tukang jahit rajin & kreatif utk mencuri kain tersebut bg menjahit baju yg berfesyen2. Kain dah siap potong dua,amat terhad utk difesyenkan. terutama sekali badan yang berisi, besar mahupun tinggi.

4) Sebaikknya membeli kain lebih dari 4 meter (*tak kira lining atau kain lace shj) sekiranya anda mahu menjahit baju berfesyen & mempunyai potongan yg byk. paling kurang pun,seelokknya tanya tukang jahit,brpe meter yg diperlukan utk saiz badan anda. Tak digalakkan bertanya pd jurujual. Kdg2 mereka pun tak tahu atau minta beli lebih spya cepat laku.kan?

5) Nak save budget,beli kain lace utk dijadikan baju shj.Di galakkan lebih 2 meter, terutama jenis lace berkaki. Lebihan lace tersebut nanti,boleh dipotong coraknya utk ditampal pd kain atau veil.

Sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman. NUMAIRAH

 

Kredit artikel: Facebook Numairah

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]