Gliserin bahan utama buat sabun


MEMBUAT sabun untuk kegunaan sendiri bukanlah sukar. Namakan saja jenis bau-bauan disukai mahupun bahan organik yang hendak dicampurkan bersama. Asalkan tahu bahan asas yang perlu, ia boleh dijadikan aktiviti menarik untuk dikongsi bersama anak-anak.

Menyertai program Agrokids Volume 4.0 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) baru-baru ini, peserta kanak-kanak yang mengambil bahagian cukup teruja menghasilkan sabun mengikut kreativiti dan cita rasa sendiri.

Kata fasilitator program, Nurul Faiqah Sitar, gliserin adalah bahan utama yang diperlukan dalam pembuatan sabun. Tanpa bahan ini pembentukan sabun tidak berlaku.

“Lazimnya, proses pencairan gliserin mengambil masa 30 minit. Kita gunakan kaedah pemanasan berlapis sebelum mencampur sebarang bahan organik atau bau-bauan, minyak dan sebagainya.

“Gliserin ini boleh dibeli menerusi pasaran atas talian atau di kedai kraf tangan. Pilih sama ada yang jernih atau putih. Kedua-duanya tidak mempunyai bau dan mudah dikendalikan,” katanya.

Jelas Nurul Faiqah, aktiviti membuat sabun perlu dipantau kerana membabitkan cecair gliserin yang dipanaskan dan penggunaan perkakasan seperti gunting dan pisau.

“Aktiviti ini mengajar kanak-kanak ilmu sains. Bagaimana satu-satu bahan itu boleh mengeluarkan bau, perubahan gliserin daripada bentuk pepejal kepada cecair, proses pemanasan, perubahan suhu dan sebagainya.

“Ramai kanak-kanak tidak tahu bahawa sabun boleh dicairkan dan kembali ke bentuk asal pada suhu bilik. Jadi, menerusi aktiviti ringkas ini, mereka boleh melihat dan menghasilkan sabun sendiri.

“Bahan pewangi pula dipilih dari jenis herba dan daun supaya mereka boleh mengenal bau dan fungsinya kepada kulit,” katanya.

Bahan:

- Hirisan kulit lemon

- Kulit kayu manis

- Oat

- Serbuk kopi

- Beras

- Jintan

- Daun pandan

- Gliserin

- Acuan getah

Cara membuat:

1. Panaskan gliserin menggunakan kaedah pemanasan berlapis.

2. Tumbuk bahan-bahan kasar atau kisar hingga halus.

DARI kiri, 1. Bahan-bahan diperlukan. 2. Tumbuk bahan-bahan kasar. FOTO: Rohanis Shukri

3. Taburkan bahan mengikut jenis dalam acuan.

4. Selepas gliserin mencair sekata, tuang sedikit dalam acuan.

DARI kiri, 3. Tuang gliserin dalam acuan. 4. Masukkan bahan.

5. Tabur bahan sama di bahagian tengah.

6. Penuhkan acuan dengan cecair gliserin.

7. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

DARI kiri, 5. Penuhkan acuan. 6. Nur Alaiqa Abdullah menunjukkan sabun yang dihasilkan.

 

kredit : Harian Metro Online

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]