Tips Pemilihan Pakaian Bayi Dan Kanak-Kanak Lelaki Dan Perempuan


Tidak ada sesiapa pun yang dapat menyangkal betapa pentingnya untuk kita mengetahui tips pemilihan pakaian bayi dan kanak-kanak. Malah ia merupakan antara yang perlu dititik beratkan demi keselesaan mereka khusus untuk bayi, kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Untuk pemilihan pakaian anak-anak, ia tidaklah semudah membeli pakaian bagi orang dewasa. Perlu diingat kerana setiap pilihan pakaian yang tidak sesuai akan mengundang masalah buat mereka seperti ruam, gatal-gatal dan seumpamanya. Oleh itu, ikutilah tips pemilihan pakaian bayi dan kanak-kanak lelaki dan perempuan berikut.

Tips Pemilihan Pakaian Bayi

Secara umumnya, untuk pemilihan terbaik bagi menentukan pakaian yang sesuai untuk bayi adalah bergantung kepada ciri-ciri fabrik yang dipilih. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan fabrik tersebut selesa dipakai. Antara tips pemilihannya ialah:

#1 – Pastikan Pakaian Itu Mudah Dibasuh Dan Warna Tidak Luntur

Ketahuilah bahawa saiz baju bayi akan berubah dalam tempoh beberapa minggu. Maka, pilihlah baju bayi yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Fabrik yang baik pasti tidak akan ada masalah warna luntur setelah dicuci beberapa kali.

#2 – Pilihlah Pakaian Yang Mempunyai Pengaliran Udara Yang Baik

Dalam tempoh 5 bulan pertama, bayi akan membesar dengan cepat. Pakaian bayi yang mempunyai pengaliran udara yang baik sangat membantu untuk mengelakkan masalah ruam badan dan memastikan bayi berada dalam keadaan selesa.

#3 – Pilih Pakaian Bayi Yang Longgar

Elakkan dari memilih pakaian bayi yang ketat. Pemilihan pakaian bayi yang longgar sangat membantu terutamanya ketika mereka melakukan pergerakan. Di samping itu, pakaian yang longgar sudah pasti dapat dipakai dengan lebih lama sesuai dengan tumbesaran bayi.

#4 – Pemilihan Pakaian Bayi Dari Kain Kapas

Tidak dinafikan betapa sensitifnya kulit bayi. Untuk itu, ibu bapa perlu cuba untuk menggunakan pakaian bayi dari fabrik jenis kapas kerana ia membantu untuk mengelakkan daripada masalah kulit. Selain itu juga, kain kapas mampu untuk menyerap peluh dengan baik.

Tips Pemilihan Pakaian Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan

Tips pemilihan pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak begitu rumit berbanding bayi. Ini kerana kulit bayi begitu sensitif dan seeloknya fabrik jenis kapas digunakan berdasarkan kualiti materialnya. Untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, antara tips yang oleh diikuti ialah:

#1 – Pilihan Warna Yang Cerah

Bagi kanak-kanak, warna yang paling sesuai ialah warna cerah dan ringkas coraknya. Ia akan memperlihatkan kesan yang lebih baik, selesa dan tampak lebih bersih untuk dipakai sepanjang hari. Sekiranya memilih baju bercorak-corak, pastikan corak tersebut tidak melebihi dari 3 warna.

#2 – Pakaian Dari Fabrik Kapas

Sama seperti pemilihan baju bayi, pakaian dari fabrik kapas adalah paling terbaik untuk dipakai oleh kanak-kanak. Meskipun mereka bukan lagi bayi, mereka juga memerlukan keselesaan dan bebas dari rasa gatal-gatal badan kesan daripada fabrik yang tidak sesuai.

#3 – Pemilihan Warna Pakaian Berdasarkan Jantina

Pilihan warna yang sesuai dengan jantina anak-anak juga penting untuk menyerlahkan keperibadian mereka. Umumnya mungkin menggunakan baju T bersama denim yang majority berwarna biru atau warna gelap untuk anak lelaki. Manakala untuk anak perempuan, biasanya warna yang sering mendapat tempat ialah warna merah jambu atau warna cerah berbanding pakaian laki-laki.  

#4 – Pakaian Kanak-kanak Yang Sesuai Dengan Iklim Malaysia

Sudah pasti tips ini 100% tepat kerana dengan iklim Malaysia sekarang, pemakaian jaket kulit atau jaket sejuk dengan ropol-ropol yang mengganggu amat tidak sesuai. Meskipun ia kelihatan lebih bergaya untuk kanak-kanak, keselesaan mereka juga harus diambil kira.

#5 – Pakaian Kanak-kanak Dipilih Berdasarkan Umur Mereka

Untuk tips yang seterusnya, ibu bapa perlu mengelakkan daripada terlalu mengikut fesyen sehinggakan baju kanak-kanak yang dipilih itu tidak mengikut kesesuaian umur mereka. Adalah lebih baik jika pakaian yang dipilih itu seiring dengan umur mereka supaya tampak lebih kemas dan selesa.

#6 – Elakkan Dari Mengenakan Kombinasi Warna Yang Pelik

 

Tidak dinafikan bahawa ada di antara ibu bapa yang sekadar memberikan pakaian kepada anak tanpa menilai samada kombinasi warna itu sesuai ataupun tidak. Boleh jadi ia merupakan fesyen yang pelik jika tidak diteliti dengan baik. Maka, perlu ada sedikit perancangan berkenaan pemilihan fesyen dan kombinasi warna yang sesuai untuk anak-anak.

Memperkenalkan My Baby’s World Kedai Barangan Bayi Dan Kanak-kanak

Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar Ipoh, My Baby’s World menyediakan pelbagai jenis barangan bayi termasuk barangan keperluan untuk anak-anak iaitu pakaian, perkakasan untuk bayi seperti food feeder, botol susu, beraneka jenis mainan yang boleh membantu si manja befikir dan sebagainya.

 

Kredit artikel: Prohafiz

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]