Kota Kinabalu Syurga Makanan Laut




Buat anda yang pernah bercuti ke Kota Kinabalu pastinya anda semua memahami maksud yang dikatakan ‘Syurga Makanan Laut’. Satu kenikmatan apabila dapat merasa makanan laut di Dataran Todak (Todak Waterfront), yang memang penuh dengan gerai-gerai yang menjual makanan laut yang segar.

Sering menjadi perbualan pelancong, hidangan makanan laut di Dataran Todak ini sangat menarik, enak dan pelbagai, di samping harga yang ditawarkan sangat murah. Faktor persaingan di antara gerai-gerai makanan laut ini menjadikan harga yang ditawarkan amat murah dan anda pasti rambang mata untuk membuat pilihan gerai.

Antara makanan laut yang dijual seperti udang galah, udang karang, ketam, sotong, ikan siakap, talapia, kerapu, kerang, lala dan banyak lagi. Anda boleh memilih mengikut saiz yang diingini dan harga bergantung pada saiz dan berat makanan laut yang dipilih. Selain itu, anda boleh membuat pesanan jenis masakan mengikut cita rasa anda! Berbaloi bukan? Pastinya sudah terbayang Siakap Tiga Rasa dan Ketam Goreng Bercili serta Butter Prawn!

Selain makanan laut yang menjadi tarikan pelancong, Pasar Filipina juga adalah salah satu tempat wajib dikunjungi oleh para pelancong. Peniaga di sini rata-ratanya berbangsa Filipina, jadi jangan terkejut jika anda berasa seperti berada di Manila.

Selain mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang. Tapi awas. Bawa mereka yang tahu mengenai mutiara sebelum ke sini dan jangan lupa tawar menawar. Jika tidak anda mungkin terbeli mutiara tiruan dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Selain itu, di Pasar Filipina ini juga terdapat kawasan persatuan penjual ikan masin, ikan bilis dan udang kering dan pelbagai lagi hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Bagi anda yang ingin mencari hasil tangkapan laut ini dengan harga yang murah, di sinilah tempat yang paling strategik! Rugi kalau tak singgah!

 

\

Kalau anda nak tahu, tempat-tempat ini ada diceritakan di dalam novel MASIH SEPERTI DULU, karya AZLEYA SHADZALIN! Kalau nak tahu lebih lanjut dan menghayati suasana di tempat-tempat menarik yang terletak di Kota Kinabalu, bolehlah baca novel ini! Pasti anda rasa teruja dan tak sabar untuk bercuti di Kota Kinabalu!  

BUKU BERKAITAN

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]