Hias Makanan... Perlu Ke??


 

Assalamualaikum dan salam sayang...

Dalam kekalutan menyiapkan tugasan terakhir sebagai pelajar tahun akhir, blog masih tidak dilupakan walaupun telah kekeringan idea.. Semasa jari jemari menari menaip entri ni, kepala masih berfikir apa yang nak di'update'kan pada entri kali ini..

Idea oh idea... i need you.. Please come to me.. hehe
.
.
.
Baiklah, setelah fikir punya fikir..alhamdulillah masih diberi nikmat untuk berfikir dan menggunakan akal kurniaan dari Allah.. Entri kali ini saya ingin bercerita tentang menghias makanan memandangkan persembahan makanan merupakan salah satu aspek penilaian dalam kelas amali Penyediaan Makanan Timur ni..

Menghias makanan atau orang kampung saya panggil garnish (huhu..)  adalah bertujuan untuk memberi daya tarikan kepada makanan dan bagi menjadikan sesuatu makan itu cantik. Dalam bidang masakan, rasa makanan yang enak bukanlah satu-satunya faktor yang dinilai dalam memilih makanan untuk dinikmati.

Makanan yang cantik akan mempengaruhi penglihatan kita dan seterusnya dapat menimbulkan selera kita untuk menikmati makanan tersebut. Menghias makanan merupakan suatu seni dan biasanya bahan yang digunakan adalah sayuran atau buah-buahan.

Terdapat beberapa faktor yang harus diberi perhatian apabila memilih bahan untuk dijadikan hiasan. Kat bawan ni adalah antara tips yang dikongsikan oleh pensyarah sepanjang amali memasak dan daripada pengalaman saya sendiri..

 
  1. Bahan yang digunakan haruslah bahan yang segar, boleh dimakan, tidak berulat dan bersih.
  2. Perlu mengetahui jenis makanan yang akan dihias supaya bahan yang digunakan adalan bersesuaian dengan makanan tersebut. 
  3. Menggunakan warna yang dapat menarik perhatian.
  4. Besar hiasan dan hidangan yang akan dihias harus sesuai dengan ruangan dan tahu di mana sepatutnya hiasan diletakkan. Perbandingan hidangan dengan garnish adalah +- 10: 1. Maknanya hiasan yang digunakan tidak perlu terlalu besar.
  5. Peralatan menghidang yang digunakan bersesuaian. 
  6. Memberikan variasi warna pada makanan supaya makanan yang mempunyai warna yang kurang menarik akan terserlah.

 

Biasanya kalau kita tengok dalam majalah, tv atau sebagainya bahan yang selalu orang gunakan untuk hias makanan adalah seperti tomato, kubis, lobak merah dan macam-macam lagi lah. Nak sebut kat sini banyak sangat. Bergantung pada kreativiti seseorang tu asalkan tidak menutup hidangan utama makanan tu.

Sebenarnya, sesuatu makanan yang cantik tu bukan mampu menarik perhatian kita  sahaja tetapi juga kanak-kanak...Betul tak??  Kanak-kanak biasanya sukar untuk makan makanan yang berkhasiat macam sayur-sayuran dan makanan berprotein. Jadi kat sinilah seseorang ibu boleh menunjukkan bakat masing-masing dalam menghias makanan supaya nampak menarik.

Kanak-kanak ni biasanya tidak mahu bila dibekalkan makanan ke sekolah. Mungkin lebih seronok membeli di kantin. So apa kata ibu-ibu atau kakak-kakak belajar bagaimana menjadikan makanan itu nampak menarik di mata anak-anak tak kiralah untuk dimakan di rumah atau bekal ke sekolah.
 

 

 

 

 

Nampak menarik tak?? 

Peranan persembahan makanan sangat penting dalam menaikkan selera seseorang. 

Semoga entri kali ini sedikit sebanyak membantu anda dalam menghias makanan..

Selamat mencuba..

Kredit artikel: Blog warisan timur

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]