14 Jenis Kain Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Tahukah anda? ada banyak jenis kain dekat dunia ini. Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu baju atau seluar mereka dari kain apa, betul tak? Tapi sekarang tidak lagi. Jom kami kongsikan jenis kain yang terdapat di muka bumi ini.Hehe

  1. COTTON

Kain ini berasal dari serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. Biasanya kain ini digunakan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci. Selesa dan mudah menyerap peluh semasa digunakan.

  1. JACQUARD

Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain. Jacquard ni berkilat dan licin. Ramai yang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit.

  1. CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist iaitu benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.

  1. RAYON

Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.

  1. KAIN ORGANZA

Secara mudahnya, kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar dan nipis. Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti polyester atau nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.

  1. KAIN CHIFFON

Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain. Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut.

  1. KAIN SATIN

Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya berkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.

  1. POLYESTER

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan. Bahan terasa panas dibadan. Tidak menyerap keringat. Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.

  1. SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Antara ciri-ciri lainnya, sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya bersifat (flowing). Menyerap peluh dengan berkesan. Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

  1. VISCOSE

Antara ciri – cirinya, terasa lembut dan dingin di kulit. Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat Menyerap keringat. Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam dan boleh dicuci atau di dry clean.

11.LINEN

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress bahannya kaku dan dingin. Permukaan kain agak kasar. Menyerap peluh. Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam.

12.SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan iaitu benang emas ditenun antara benang sutera atau pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

  1. LYCRA

Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastic (boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain.

  1. WOOL PEACH

Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari sutra dan campuran serat sintetik, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebabkan ia dibuat dari campuran serat sintetik, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

kredit artikel: Noor Arfa Batik

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]