Buah-buahan & Sayuran VS Kesihatan


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan……..

Saya nak tanya pendapat kawan-kawan….Boleh tak??????

Kalau sayur-sayuran dan buah-buahan biasanya kawan-kawan makan macam mentah-mentah @ masak @ buat something yang best?????

Pernah tak kawan-kawan guna bahan-bahan mentah ini untuk  tujuan kesihatan atau kecantikan…???

Hari ini saya hendak kongsi sedikit info berkenaan dengan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan mentah ini….

Nak tahu apa dia??????

Kawan-kawan tahu tak dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu kawan-kawan tidak melakukan pembaziran.  Tidak perlu lagi membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mahal-mahal….

Seperti diketahui, apabila umur dah meningkat, mesti para wanita-wanita diluar sana runsing memikirkan cara untuk mencantikkan wajah.  Ada yang sanggup mengeluarkan modal yang besar semata-mata untuk mencantikkan wajah.  Kami bukan untuk menjual produk mencantikkan wajah ye kawan-kawan…

……..(^_^)……...

Pengamalan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menurunkan berat badan, merawat kulit berkedut, menegangkan kulit wajah, mengawal kulit kusam dan banyak lagi….

Kini anda tidak perlu risau lagi…… Jangan bazirkan buah-buahan, rempah, herba dan sayur-sayuran di dapur anda……

Nak tahu macam mana????

Baca entri dibawah kawan-kawan~~~~~~

 

Ubi kentang

Ubi kentang dapat merawat mata yang sembab.  Caranya mudah dengan menggunakan potongan kentang yang segar dan letakkan di atas mata selama beberapa minit.  Insyaallah ada kesan yang terbaik

 

Daun Pudina

Penggunaan daun pudina yang kerap dapat merawat bulatan hitam dibawah mata.  Hancurkan daun pudina dan letakkan sekitar bahagian mata.  Biarkan selama 10 minit dan cuci menggunakan air sejuk.

 

Lobak merah

Runsing berat badan semakin naik??? Tidak perlu risau…Ambil sebatang lobak merah, bersihkan dan parutkan.  Campurkan dengan satu sudu tepung jagung serta sebiji kuning telur.  Gaulkan sehingga rata dan menjadi seperti masker.  Sapukan pada muka dan biarkan seketika.  Amalkan 3 kali seminggu…. Insyaallah aka nada kesan yang memuaskan hati kawan-kawan… Tak perlu berbelanja besar ye kawan-kawan………..

 

Lobak merah juga boleh digunakan untuk rawat kulit wajah yang kusam.  Kisarkan satu batang lobak dan campurkan dengan satu sudu madu.  Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit.  Bilaskan dengan air suam…… Hasilnya???????

Memuaskan!!!!!!!!!!!!

 

Limau gedang

Ingin turunkan berat badan dengan cepat???? Caranya mudah sahaja… Amalkan makan  buah-buahan yang mempunyai asid sitrik.  Salh satu buah yang menpunyai asid sitrik laiah limau gedang.  Limau ini mempunyai asid sitrik yang boleh menghalang daripada kalori hadir dalam makanan kita seharian.

 

Oren

Oren ialah antara buah-buahan yang mempunyai kandungan serat yang paling tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.  Amalan pemakanan buah oren boleh mengurangkan keinginan kita untuk menikmati makanan berasaskan karbohidrat.  Secara tidak langsungnya, berat badan dapat dikurangkan.

 

Berry

Buah berry adalah antara buah-buahan yang menpunyai kandungan antioksidan dan mampu meningkatkan kadar metabolisme pada tubuh badan manuasia.

 

Tembikai

Tembikai mempunyai kandungan air sebanyak 92% dan boleh memberi rasa kenyang dengan cepat apabila  reseptor di dalam perut terangsang dan seterusnya menghantar signal kepada otak.

 

Anggur

Anggur mempunyai kandungan antioksidan yang boleh mencegah gula di dalam darah daripada menjadi lemak.  Ia juga boleh mencegah pembentukan lemak di dalam perut. 

 

 

Limau nipis

Penggunaan limau nipis secara kerap juga dapat mencerahkan dan melicinkan kulit wajah dan badan.  Limaunya dibelah dua, kemudian gosokkan pada muka dan badan setiap kali mandi.  Amalkan dua kali seminggu dan nantikan hasilnya yang memuaskan….

 

Amalan mencampurkan limau nipis dengan sedikit bedak sejuk dapat menegangkan kulit wajah.  Caranya dengan ambilkan sedikit bedak sejuk dan campurkan beberapa titis limau nipis.  Bancuhkan juga bersama-sama air dan sapukan pada wajah.  Amalkan selama seminggu dan lihat hasilnya….. Wowwwwwww…….Menakjubkan!!!!

 

Betik

Betik juga dapat merawat kulit wajah daripada menjadi kusam.  Caranya mudah sahaja, kisarkan sepotong betik yang telah dibuang bijinya bersama dengan satu madu. Sapukan ramuan ini pada wajah dan biarkan kering seperti masker selama 10-15 mint.  Bilaskan wajah  dengan air suam.  Amalkan sekerap mungkin dan lihat hasilnya….  Cantikkan???? Memang cantik… Tidak perlu beli mahal-mahal….(^_^)….

 

Tomato

Selain dimakan mentah atau dimasak, tomato juga dapat merawat wajah yang kusam.  Wanita-wanita diluar sana tidak perlu risau lagi…… (^_^)…

Caranya, ambil sebiji tomato dan potong dua.  Gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit dan bilaskan dengan air suam. 

 

Mentimun

Mentimun memang enak dibuat ulam.  Tetapi kawan-kawan, jangan tak tahu, mentimun juga dapat merawat kulit wajah yang kusam. Caranya, hiriskan nipis-nipis dan tampalkan pada keseluruh wajah.  Biarkan selama 15-30 minit dan bilaskan dengan air suam.  Lihatlah hasilnya…. Menakjubkan!!!!!!!!!!!

 

Selain daripada merawat wajah kusam, mentimun juga dapat menegangkan kulit wajah.  Ambilkan sebiji mentimun dan sagat atau hancurkannya.  Campurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air.  Gaulkan sehingga sebati sehingga menjadi seperti masker.  Sapukan pada wajah dan biarkan kering, kemudian bilaskan wajah dengan air bersih.  Amalkan satu kali seminggu.  Insyaallah hasilnya membuatkan kawan-kawan tersenyum lebar….(^_^)….

 

Kunyit

Biasanya kita menggunakan kunyit untuk masak lemak cili padi…. Tempe goreng…..,ayam goreng kunyit….Tapi tahukah kawan-kawan kunyit juga boleh digunakan untuk menurunkan berat badan… Nak tahu caranya?????Parutkan kunyit, perah dan ambil airnya untuk diminum.  Amalkan setiap pagi secara berselang-seli.

 

Daripada membazir wang untuk mencari produk mahal untuk tegangkan kulit, lebih baik kawan-kawan gunakan kunyit.. Mudah didapati dan murah… Cara mudah sahaja…..Ambilkan seketul kunyit dan campurkan dengan kulit kayu manis dan sedikit beras pulut. Tumbukkan bahan-bahan tersebut sehingga lumat.  Sapukan atau gosokkan pada leher serta muka.  Biarkan seketika sebelum dicuci.  Amalkan dua kali seminggu.. Insyaallah selain daripada menegangkan kulit, ia juga dapat menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher.

 

Epal

Epal juga dapat merawat wajah daripada menjadi kusam. Caranya mudah sahaja…. Kisarkan sebiji epal tanpa pulur dan bijinya.  Campurkan dengan satu sudu madu dan gaul sehingga sebati.  Sapukan pada muka dan biarkan selama 15-30minit.  Kemudian, bilaskan dengan menggunakan air suam.

 

Tahukah kawan-kawan bahawa epal dapat megurangkan berat badan????Seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum makan boleh mengurangkan 33% kadar kenaikan berat badan berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan amalan sedemikian.

 

Strawberry

Selain dimakan segar, dibuat jem dan salad, starwberri juga boleh digunakan untuk merawat kulit wajah kusam.  Ambilkan 3 biji dan campurkan dengan satu sudu madu.  Sapukan pada wajah, biarkan selama 15-30 minit. Bilaskan wajah dengan menggunakan air suam.

 

 

Adakah kawan-kawan sudah berpuas hati dengan info-info dari saya???

Jangan risau.. Bahan semulajadi adalah lebih terjamin berbanding dengan BAHAN KIMIA!!!!

Jom kita cuba sama-sama.....

 .......(^_^).......

 

 

 

 ##################

Khuzaimah

Kredit artikel: Blog Warisan Timur

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]