JANGAN BIARKAN DIRI KITA TERKORBAN DENGAN MAKAN YANG BERLEBIHAN


Esok dah raya... raikan dengan kesederhanaan. Khamis mulakan fokus kembali. Lagipun baru je kita sambut syawal dan pastinya makanan juadah raya ini sama je rasanya. Jadi kenapa perlu makan secara berlebihan?
.
Ini beberapa tip yang boleh diiikuti.

1. Pastikan air kosong sentiasa disisi
2. Makan dengan portion suku-suku separuh
3. Buat air perahan lemon bagi bantu kurangkan perut sebu.
4. Beli salad sebagai tambahan sayur sebab pastinya juadah raya kurang sayur hijau kan.
5. Beli buah untuk dijadikan snack.
.
Khamis nanti kita makan kembali dengan jumlah yang sederhana. Cukup untuk hari ini kita makan demi erti nikmat kehidupan.
.
Ikuti tip saya rapat-rapat dan amalkan.
.
Paling PENTING, TAK DIGALAKKAN untuk TIMBANG BERAT Khamis nanti melainkan mental anda bersedia untuk menerima kenaikkan dan dengan positifnya boleh terus usaha untuk turunkan semula.

Cadangan saya timbang seminggu selepas anda konsisten dalam diet anda.
.
Oh ya saya nak kongsikan satu resipi minuman tinggi fiber yang boleh dibuat untuk lancarkan lagi pencernaan kita.
.
Caranya 3/4 genggam brokoli (rendam dgn air panas seketika) + separuh epal hijau + air sejuk. Kisar dan terus minum sebelum tidur. Insyaallah 
.
Orite moga bermanfaat ya. 
.
Salam aidiladha

Aizat Razak

 

BUKU BERKAITAN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]