Cara Buat Butter Cream 4S : Simple, Senang, Sihat & Sedap


Hai hai hai ...

Entri ni hanya untuk orang-orang yang suka makan kek, pernah buat kek dan nak cuba deco kek sendiri :p Kali ni BW nak share cara buat buttercream 4S :) Kenapa 4S?
 

Ni la bahan simple nak buat butter cream.



Simple: Bahan-bahan yang simple. Hanya perlukan 1/2 butter, 3/4 cawan gula castor, 1/4 kotak susu dutch lady (kotak kecil).

Senang: Cara nak buat sangat senang. Masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul guna mixer sampai kembang. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai betul-betul kembang. Speed mixer kena laju. Ambil masa lama sikit nak kembang.

 

Sihat: Tak ada bahan-bahan yang kurang sihat. Bila BW google, kebanyakan resepi butter cream, ada yang letak shortening la, krimwell la, tapi BW gantikan dengan susu yang sihat.

Sedap: Sedap ni bergantung pada perisa tambahan. Kalau suka coklat, letak serbuk koko, kalau suka strawberi letak la cecair perisa strawberi. Sesedap rasa ;)
 

Butter cream tanpa perisa tambahan. Nampak macam kental sikit gambar ni, sebab dah kaup balikkan cream tu tanak nampak comot :p

 

Coklat buttercream. Sedap dan tak muak. Tapi agak susah sikit nak ratakan pada kek.

So, apa lagi, selamat mencuba yer. Jom tengok Percubaan Pertama Deco Cake Sendiri & Percubaan Kedua Yang Over Confident Hehe :p

 

Tools yang diperlukan untuk pendeco amatur. Tiga ni pun dah cukup :)


Nota: Susu segar atau susu kotak atau susu cair agak sukar untuk sebati dengan butter. Ianya perlu diputar dengan kelajuan maximum dan ambil masa agak lama untuk jadi krim. Kalau nak cepat, disarankan menggunakan susu / krimer pekat tin, ianya memang mudah sebati. Pastikan kurangkan gula tau. Kalau guna susu / krimer tin ni kurang sihat la butter cream kek kita tu ;)

Selamat Mencuba!

Kredit artikel; Blog Buat Wanita

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]