Cara Jahitan Mencantum 2 Bahagian Kain Dari Luar


Sejahteralah ke atas kamu....

 

Pernah seluar track bottom suami aku tertetas pada bahagian poket yang ada zip. Kalau aku nak jahit guna mesin, nanti jahitan tu akan nampak ketara sebab zip poket tu dijahit dari bahagian dalam. Aku memang tak mampu nak jahit dari dalam sebab seluar track bottom tu ada lining kat belah dalam. Memang akan jadi banyak kerja kalau aku nak jahit jugak dari seblah dalam, aku kena buka semua jahitan lining tu semata-mata untuk cantumkan semula zip poket yang terbetas tu. [terbetas ke tertetas ni sebenarnya???]

 

Jadi caranya ialah aku gunakan teknik sembat susup, [agaknya la nama dia macam tu.] untuk mencantum zip poket seluar track suami aku tuh. Kalau takde idea apa yang aku pokpekpokpek kat atas ni, sila rujuk gambar-gambar kat bawah ni. Contoh yang kat bawah ni ialah comforter baby yang aku dah jahit kat belah dalam dan aku tinggalkan sikit je tak berjahit untuk aku terbalikkan dan jahit dari luar.

 

 



 

Nak cantumkan/jahitkan yang terlopong tu tanpa perlu menggunakan jahitan mesin supaya kelihatan kemas seolah-olah semuanya dijahit dari dalam.

 

 

Mula-mula tie the knot. Ikat hujung benang. Ini adalah cara yang paling mudah untuk membuat simpulan benang, iaitu dengan mengikat di hujungnya.

 

 

Bila hujung benang dah bersimpul, masukkan jarum ke sebelah dalam lipatan kain di mana jahitan tersebut hendak dimulakan. Kat sini saya mulakan dengan bismillah dan mula dengan kain yang di bawah. [kain kosong =kain bawah, kain corak ribbon = kain atas]. Lebih afdhol kalau dimulai sebelum jahitan di sebelah dalam tu berakhir. nota kuku kaki ; abaikan tangan kerapu tersebut. hahaha...

 

Tarik jarum sehingga benang habis, dan masukkan secara melintang pada kain yang di atas pula. kemudian tarik benang sehingga habis, masukkan pula pada kain di bawah. Okay aku menjahit guna tangan kiri sebab aku left-handed. T.T

 

 

Gambar tak berapa cantik sebab aku ambil guna henfon aje. Malas plak nak bangun gi ambik kemre, padahal macam 4 langkah je jaraknya. Hahaha.

 

Jenuh la aku nak jahit satu, amik gambar satu, jahit satu amik gambar satu kannnn....

 

Ulang langkah yang sama sehingga melebihi tempat berakhir jahitan yang sebelah dalam tu. Biar lebih selamat daripada terbetas semula serta akan menjadikan jahitan lebih kemas.




Cara mematikan jahitan;
 

Cucuk sedikit jarum pada kain

 

Lilit benang pada jarum tersebut di hadapan jarum dalam 2,3 lilitan, kemudian tarik jarum sehingga benang habis.

 

Benang tadi telahpun tersimpul, kemudian cucuk sekali lagi jarum pada tengah2 di antara kain bawah dan kain atas, kemudian dari dalam cucuk sahaja pada mana-mana tempat pada kain supaya keluar seperti di dalam gambar.

 

 

Kemudian baru la gunting benang itu. Doh tu ngape plak gambar ni terbalik gaye gitu. Hadoii la.

 

Dengan cara ini, benang2 permulaan dan pengakhirannya akan tersorok setelah di cover line baekkk punye.

 

Yang terlopong tadi sudah tidak melopong anymore [sambel nyanyik lagu maroon 5, 'anymore, anymoreee']

 

Tadaaa... comforter sudah siap.

 

Kredit: Blog dari bintang

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]