Memahami makanan ikan laut dalam masakan barat


Berikut adalah panduan untuk jenis makanan laut dalam masakan Barat yang paling lazim dan bagaimana untuk menyediakannya.

Ikan yang berbeza spesis adalah berlainan dari satu sama lain dan banyak faktor yang akan menentukan bagaimana cara terbaik memasaknya.

Sebagai contoh, salmon adalah ikan yang sangat berminyak dan paling sesuai untuk dibakar, digoreng dalam kuali, direbus carak dan digril. Ikan yang versatil ini sesuai digandingkan dengan sos berkrim beurre blanc.

Sos Hollandaise paling biasa digunakan dengan pelbagai hidangan ikan. Anda juga boleh menghasilkan satu jus yang ringkas dengan menggunakan jus daripada ikan dari dalam kuali. Ikan sebelah goreng misalnya boleh dihidangkan hanya dengan mentega yang digunakan untuk memasaknya. Anda hanya perlukan sedikit perahan lemon dan daun parsli untuk menyempurnakan masakan ini.

Kumpulan hidupan laut yang rupanya aneh ini sebenarnya sangat enak! Udang karang, ketam, udang dan udang krai adalah contoh krustasia yang lazim digunakan.

Anda boleh mengukus, merebus, gril dan barbeku isinya, setiap satunya akan menghasilkan tekstur yang sangat berlainan.

Udang karang tentu sekali bersaiz paling besar dalam kategori ini dan ia boleh disediakan dalam pelbagai gaya. Anda boleh mengukus, merebus, gril dan barbeku isinya, setiap satunya akan menghasilkan tekstur yang sangat berlainan. Hidangkan isi udang karang dengan makanan sampingan seperti kentang goreng dan sos mentega herba dan anda akan menikmati makanan yang sangat lazat.

Anda boleh mencipta pelbagai jenis sos dari memasak krustasia. Antara yang paling popular bahan sampingan adalah biska (sejenis sup berkrim), diperbuat dari jus memasak udang karang, ketam, udang, udang krai atau langoustine. Tambahkan sedikit crème fraiche atau krim ke dalam biska untuk menghasilkan hidangan pembuka yang pasti lazat.

Kerang-kerangan yang cukup segar biasanya boleh dimakan terus dengan menambah hanya sedikit perasa. Jika kerangan itu kelihatan tidak segar atau berbau, buang segera; anda tidak mahu dijangkiti keracunan kerang. Untuk tiram, pastikan ada kuantiti air laut yang mencukupi dalam cengkerangnya dan isinya berwarna legap. Ia juga seharusnya berbau masin air laut yang segar. Percayalah, anda boleh tahu tiram yang tidak elok bila membaunya.

Untuk kima dan kupang, pastikan cengkerangnya tertutup bila anda mendapatkannya. Ini adalah petanda untuk mengetahui samada ia masih hidup. Akhir sekali, kekapis yang segar mestilah kenyal, berwarna cerah dan tidak berbau busuk.

Cara untuk memilih kerang-kerangan

TIRAM

  • Kuantiti air laut yang cukup dalam cengkerang
  • Isinya berwarna legap
  • Berbau masin air laut yang segar

KIMA & KUPANG

  • Cengkerang mestilah tertutup semasa anda menerimanya sebagai petanda ia masih hidup

KEKAPIS

  • Isinya kenyal
  • Berwarna cerah
  • Tidak berbau busuk

Blog: Universal Food solution

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]