Apa itu ovalette


Kalau kita amati resepi2 terutamanya dari orang Malaysia dan yang serumpun dengannya.. seringkali juga kita terjumpa bahan yang dikenali ovalette...terutamanya dalam resepi Kek Sarawak, apam mahupun sponge cake.  Cuba tengok resepi2 sponge cake ...kalau yang Mat Sallehnyer tak da pun bahan ni digunakan... kalau resepi dari Malaysia atau boleh dikatakan dari Asia ni...ada. So, difahamkan memang ovalette ni mudah didapati di asia terutamanya Malaysia ni. Sebenarnya dari amatan Mama bila ovalette ini dimasukkan di sesuatu resepi...hasilnya lebih 'spongy' atau kenyal... Tapi dalam menghasilkan sponge cake...Mama perasan resepi Mat Salleh tak ada pun letak ovalette ni tapi ada gak yang kita tengok hasilnya begitu spongy.... Mmmm teringat Mama,  dalam rancangan Cake Boss kegemaran Mama.. kebanyakan kek yang digunakan untuk big projectnya nampak macam sponge cake...mudah dilentur gitu... Mama masih tertanya2 resepi apakah untuk menghasilkan kek sebegitu... Mama masih 'under study' lagi yer bab itu.. Ok, berbalik kepada cerita ovalette ni...

Semenjak Mama berjinak-jinak dalam bereksperimen dengan resepi dan masakan ni... Mama ada dok mencari2 jawapan mengenai ovalette ni, fungsi dan bahan asalnya.... (bahan-bahan masakan lain pun ada selidik gak...). Kalau tanya orang dari kedai bahan kek...senang je jawapan sesetengah dari mereka... "...ini dari sayur punya...". Hah! Lagi musykil Mama dibuatnya... Selidik punya selidik, kesimpulan Mama ialah ovalette ni kena berhati-hati gak kalau nak membeli. Tu la...Mama tak simpan facts hasil pencarian Mama sebelum ni...jadi bila ada beberapa orang bertanyakan hal ini...terpanggil la Mama untuk dapatkan factsnya. Alhamdulillah...hari ni...bersempena nak menyambut Ramandhan dan dengan niat ikhlas Mama berkongsi maklumat bersama anak2 Mama dan sesiapa yang sudi... Mama terjumpa blog ni.  http://zachoes.blogspot.com/ . Terima kasih kepada empunya blog; 'Zack' yang sudi berkongsi maklumat mengenai ovalette. Mama 'copy n paste' seperti berikut... 

Apa itu Ovalette/Quick 75/Sponge Cake Stabilizer - Dan Adakah ia Halal Atau Haram?

Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.

 

Apa itu emulsifier atau pengemulsi/penstabil?

 

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak boleh bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yang semulajadi.

 

Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.


Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air? Rajin-rajinlah menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati-hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.

 

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan Islam.

 

Kredit artikel; Blog Yummy yummy

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]