JENIS BAJU KURUNG YANG ANDA HARUS KETAHUI


Hari ini saya mahu kongsikan jenis-jenis baju kurung yang korang harus ketahui. Sebab baju kurung ni ada nama dia yang tersendiri tauu. Its still a baju kurung but there's something different between them. Siapa sini suka pakai baju kurung? Angkat tangan! (Me! Me!) Ke uols pakai baju kurung setahun sekali jek time raya? Kuikui. Aku boleh laa dikatakan banyak laa jugak baju kurung. Yelaa dekat Kolej I hari2 pakai baju kurung tau nak pergi kelas. Nak g cafe pun usually I wore a baju kurung. Kolej saya tak benarkan siswi pakai seluar pergi kelas atau berpeleseran dalam Kolej pakai something selain baju kurung or jubah. Its good actually. Bila dipraktiskan lama-lama aku pun selesa pakai baju kurung sebab gue nampak ayu gituuu kahkahhh. *perasan*

 

 

Seperti yang kita ketahui, baju kurung merupakan pakaian kebangsaan atau baju rasmi bagi wanita Melayu di Malaysia. Ia dipakai untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ke undangan-undangan istimewa, dan juga ketika ingin ke pejabat. Ternyata koleksi baju kurung ini merupakan jenis pakaian yang paling versatile dan ‘evergreen’. Selain itu, baju kurung juga merupakan pilihan utama bagi ramai wanita ketika ingin tempil bergaya ketika sambutan Hari Raya. Walaupun kini banyak pilihan pakaian lain yang boleh anda temui di pasaran seperti kaftan, jubah moden, dress Muslimah dan sebagainya, baju kurung tetap menjadi pilihan no 1. Oleh itu, sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, berikut merupakan jenis baju kurung yang harus anda ketahui. Mana tau boleh dijadikan idea sebagai baju raya anda untuk tahun ini ke kan. Oh ya. Dah beli baju raya belum uolsss??

 

 

Baju Kurung Pesak

 

Baju kurung pesak adalah jenis baju kurung tradisional atau potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu di Malaysia. Apa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan rekaan yang lain adalah dengan adanya potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan baju.

 

 

Baju Kurung Pahang

 

Sama seperti baju kurung pesak, baju kurung Pahang juga mempunyai pesak di bahagian kiri dan kanan baju. Apa yang berbeza adalah pesak bagi baju kurung ini mempunyai potongan yang lebih lebar daripada baju kurung baju pesak.

 

 

Baju Kurung Kedah

 

Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain. 

 

 

Baju Kurung Moden

 

Seterusnya pula adalah rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. 

 

 

Baju Kurung Peplum

 

Dan jenis baju kurung yang paling digemari ramai adalah baju kurung peplum. Baju kurung ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju. 

 

Nampak tak perbezaan baju kurung di atas? Ada yang bajunya tak sampai lutut, ada yang paras lutut. Ada yang blink blink. Ada yang plain biasa sahaja. Korang suka jenis baju kurung yang mana? Kalau saya, I love Baju Kurung Pahang and Baju Kurung Pesak. Hihik. Masa kecik-kecik dulu Iols peminat Baju Kurung Kedah. Aku ingat lagi dulu-dulu aku ada baju kurung kedah bunga-bunga, sepasang warna hijau, sepasang warna purple. Lepas tu kat lengan dia ada manik-manik ada labuci siap berenda renda lagi uols. Tu lah baju favourite gua dulu hahahahaha. Lol. Tak silap baju tu Mak Usu yang kasi. Mana entah baju tuu sekarang. Dah sedekah kat orang agaknya.

 

So lepas ni bila dah tahu jenis baju kurung ni, boleh laa pergi kedai beli berdasarkan nama yang aku share ni. Hihik. Selalu cakap kat owner kedai, nak baju kurung kan. Haa ni uols boleh laa kasitau dia uols nk baju kurung moden kee, baju kurung pahang ke dan sebagainya.

Kredit artikel:  Blog Stay strong

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]