TIP PEMAKAIAN RASMI BAGI KAUM LELAKI

@ruby | 18-07-2019


Kaum lelaki kena tahu penampilan diri ketika berada di sesebuah majlis formal, terutama sekali apabila majlis tersebut dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau kerabat diraja. Memakai pakaian rasmi membentuk imej seseorang itu. Dan menjadi kesalahan jika seseorang itu berpakaian kasual yang tidak kena pada tempatnya. Berikut merupakan tip penampilan diri ketika berpakaian rasmi oleh golongan lelaki yang dikongsi daripada Saudara  Sophian Ab Rahman.

Pakaian 1
Baju Melayu Kebangsaan Hitam 

1. Bagi yang beragama Islam. 
2. Seluar dan baju mestilah kain yang sama. 
3. Sampin songket hitam berbenang emas sahaja.
4. Sampin diikat biasa (tengah) dengan lipatan kanan tindih sebelah kiri. 
5. Bahagian atas sampin betul2 atas pusat si pemakai dan bawah sampin pula di 
kedudukan paras lutut.
6. Cekak musang. 
7. Berbutang 5. 
8. Songkok baldu ketinggian biasa dan tanpa lilitan. 
9. Sepatu kulit warna hitam dan bertali.
10. Stokin hitam. 
11. Jangan letakkan apa-apa barang dalam poket baju melayu seperti pen, wallet, telefon, kunci dan sebagainya.
12. Dipakai sewaktu istiadat-istiadat, jamuan negara, santapan malam sempena Mesyuarat Raja-raja.

Pakaian 2
Baju Melayu Kebangsaan Hitam Bertanjak, Berkeris dan Berbengkung. 

1. Teluk belanga tidak dibenarkan.
2. Berkeris hanya waktu siang.
3. Keris disemat di tengah pinggang (sedikit senget) dengan hulu menghadap ke badan menggambarkan dalam bukan mode bertempur.
4. Samping hitam berbenang emas dan diikat tepi.

Pakaian 3
Black Tie/Tuxedo

1. Dipakai waktu malam.
2. Jangan pakai suit hitam biasa dengan bow tie hitam. Suit bukan tuxedo. Satin lapel, please.
3. Kemeja putih (fancy shirt). Bukan kemeja rasmi/kerja. Wajib lengan panjang. 
4. Berbarut/bengkung/cummerbund di pinggang dengan lipatannya menghadap ke atas. 
5. Jangan pakai tali pinggang dengan tuxedo.
6. Jangan pakai tali leher.
7. Seluar tanpa ‘pleats’.
8. Kasut hitam berkilat. Fancy.
9. Stokin hitam.
10. Single breasted dengan satu butang sahaja.

Pakaian 4
Morning Coat/morning dress/tailcoat

1. Dif-dif bukan Melayu yang tidak layak memakai number 1 dress/pakaian darjah/ pakaian istiadat siang.
2. Seluar, vest dan tali leher bewarna kelabu. 
3. Tailcoat berwarna hitam.
4. Jangan pakai tie pin dengan vest (Dua-dua fungsi sama untuk pegang tali leher).
5. Tali leher kosong tanpa corak. 
6. Single breasted. 
7. Satu butang sahaja.
8. Kemeja putih kosong tanpa corak.
9. Tanpa topi.
10. Paling sesuai digayakan dengan jam poket.
11. Pakaian ini lazim dipakai sewaktu istiadat oleh ketua perwakilan asing (Duta besar atau Pesuruhjaya Tinggi), majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian.

Kredit FB & Foto: Sophian Ab Rahman

 

** Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk menjahit pakaian lelaki ini, bolehlah rujuk buku berikut

                                 


KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]