KENALI 5 ANAK IBLIS & TUGASANNYA




Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada menukilkan dalam karya agung beliau, Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis (Talbis Iblis) tentang berwaspada terhadap muslihat iblis.

Daripada Zaid bin Mujahid, beliau berkata, “Iblis mempunyai lima anak dan mereka ada tugas yang tersendiri.”

Mahu kenal anak-anak kesayangan mereka iblis?

  1. TSABR : menyertai manusia yang sedang ditimpa musibah agar manusia itu meronta, berteriak, memukul pipi dan wajah, meratap dan tidak rela, menolak ketetapan ALLAH SWT bahkan mempersalahkan-NYA.
     
  2. A’WAR : memperdaya dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat serta zina.
     
  3. MISWATH : membawa dan menyebar luas dusta serta fitnah.
     
  4. DASIM : memutuskan silaturrahim dan memecahbelahkan hubungan kekeluargaan khususnya di antara suami isteri.
     
  5. ZAKNABUR : bertugas menjadi penguasa pasar bagi mendorong penipuan dalam timbangan dan segala bentuk kejahatan ekonomi. Mungkin juga pembohongan testimoni salah satu daripada kerjanya juga.

Beringatlah wahai ibu bapa pada zaman moden sekarang… pantang nampak perkataan Arab yang sedap, pasti diletakkan sebagai nama anak mereka. Arab-arab juga, makna perlu diselidik terlebih dahulu. Jangan namakan anak-anak kita dengan nama-nama anak iblis ini pula!


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]