APA BEZA CUP CAKE DAN MUFIN


Hari ni ita nak bincangkan  perbezaan antara cup cake dan muffin yang sering di tanyakan oleh kawan-kawan.
Sekali imbas memang kita lihat kejadiannya sama, iaitu di masak dalam bekas atau acuan kertas secara berasingan atau individu, tapi sebenarnya ia mempunyaai banyak perbezaan tak kira samaada dari segi rasa, tekstur dan penyediaan.

Apa kata kita kenali dahulu apa itu cup cake sebelum kita buatkan perbandingan antara cup cake dan muffin.

Tahukah anda bila bermulanya sejarah pembikinan cup cake?
Cup cake yang di kenali sebagai fary cake di British dan patty cake di Australia adalah kek yang di masak dalam cawan kecil atau bekas kecil secara berasingan. Di kisahkan pada zaman dahulu, para kulinari memasak cup cake dalam cawan kopi kecil atau teh yang di perbuat daripada seramik, kerana pada masa itu tidak ada cawan kertas atau loyang muffin seperti hari ini. Oleh kerana itu mereka menamakannya cup cake, yang bermaksud kek yang di masak di dalam cawan.

Selain itu ada yang menyatakan di sebabkan ukuran bahan-bahan untuk membuat cup cake kebiasannya di ukur dalam unit cawan, itu juga adalah antara penyebab ianya di beri nama cup cake juga.

Cup cake telah berkembang di Amerika sekitar abad ke 19. Kebiasannya ia di sajikan secara individu dan dihidangkan untuk acara-acara tertentu khas untuk tetamu yang datang.

Jangan silap ada perbezaan untuk ejaan antara cup cake dan cupcake yang mempunyai maksud yang berbeza juga. Cup cake adalah kek yang di masak dalam cawan kertas hari ini. Pada tahun 1828 atau  awal abad ke 19, cupcake pula di perkenalkan. Apa pula bezanya cup cake dan cupcake? wah.. dah pening dah ni.

Cupcake pula adalah kek yang di masak dengan ukuran yang kecil atau sekarang ni kita lebih selesa memanggilnya miniature cake atau ada juga yang memanggilnya mini cake.

Sebenarnya kedua-dua ni adalah menggunakan bahan yang sama seperti kita membuat kek, cuma bezanya cup cake di bakar dalam cawan kertas yang comel, manakala cupcake di bakar dalam acuan loyang kecil.

Tekstur cup cake adalah lembut dan rasanya juga manis. Ia juga di hiasi dengan pelbagai deco bersesuaian dengan tema dalam sesuatu majlis tertentu. Kebiasannya cup cake di saluti krim tidak kiralah samaada menggunakan buttercream, coklat krim, atau fresh cream. Ia juga di hiasi kemas dengan manik berwarna-warni yang tujuan utamanya untuk menarik perhatian kanak-kanak. Kini kebayakkan cup cake juga di hiasi fondant dan figurine comel untuk menambahkan lagi viarasi dalam decoration cup cake itu sendiri.

Cup cake lebih sesuai menggunakan resepi kek yang agak padat seperti butter cake. Penyediaannya tidak sesuai menggunakan resepi span kek yang lebih lembut. Bila menggunakan span kek, kek akan mengecut bila sejuk dan tidak sesuai sebagai penyedian cup cake maupun cupcake.

Kebiasannya cup cake di hidangkan untuk majlis keramaian hari ulang tahun atau hari perkhawinan. Bentuknya yang comel dengan deco yang tampil menarik buatkan kita seakan sayang untuk memberikan gigitan pertama..

Kini ada muncul satu lagi cup cake tapi lebih dikenali cake in cup atau cake in jar.
Kaedah penyediaannya sama seperti kek biasa juga cuma bezanya jika cake in jar di masak di dalam jar, manakala cake in cup pula, kek dimasak di dalam loyang atau tray yang lebih besar, kemudian di potong dengan cutter mengikut saiz cawan plastik. Kek ini lebih digemari kerana ia dilapisi krim diantara lapisan kek yang menjadikan rasanya lebih enak.

Kek ini biasanya tidak di hiasan sarat kerana ia bertutup. Deconya yang simple dan sedikit ringan buatkan ianya sering menjadi pilihan sebagai buah tangan untuk para tetamu. 

Kini cup cake maupun cupcake tampil lebih ayu dan menarik bila dijadikan sebagai hantaran untuk hari bahagia pasangan mempelai.

Bagaimana pula dengan muffin? nampak macam serupa aje..

Walau nampak serupa ianya adalah kek yang bebeza. Muffin sebenarnya adalah dari kelompok roti. Cara penyediaannya juga sama seperti kaedah membuat roti ringkas dan mudah Banyak menggunakan tepung roti dan kurang didalam penggunaan telur. Cuma ianya di bakar dalam loyang muffin yang kecil. Kerana itu tidak hairanlah jika ianya juga di  diklasifikasikan sebagai quick bread -quickly made and quickly eaten. Jika cup cake dihidangkan untuk majlis keraian, muffin pula adalah sajian yang dihidangkan untuk sarapan pagi atau pun untuk minum petang.
 

Muffin tidak lah pula dihias dengan krim, ianya juga tidak di deco. Bentuknya yang munjut ke atas dan pecah di permukaan yang tidak menjadikan ianya sebagai kek hiasan. Ia juga di masak dalam cawan kertas yang lebih tinggi dan dibakar dalam loyang muffin khas.

Terdapat 2 kaedah atau jenis muffin dan kedua-duanya mempunya kaedah dan penyediaan yang berbeza. Satu yang teksturnya yang lebih padat dan kasar seakan roti dan cara penyediaannya juga sama seperti kaedah penyediaan roti. Kebiasannya ia menggunakan minyak jagung dalam penyediannya. Muffin ini kurang manis , enak di nikmati bersama secawan air kopi ketika masih panas, dan tidak boleh di simpan lama kerana ia cepat keras.
 

Kaedah penyediaannya pula di bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahan yang kering dan satu bahagian bahan yang basah. Bahan tidak di pukul di dalam mixer sebaliknya campurkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul perlahan dengan spatula. Adunan akan kasar dan berketu-ketul. Adunannya juga pekat dan kental.  

Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega.  Teksturnya lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.Rasanya juga enak, ia juga boleh di tambahkan raisin, badam dan tampil kebiasannya dengan perasa, vanilla, coklat dan pisang.

Untuk muffin ini pula kaedah penyediaannya sama seperti kaedah penyediaan membuat kek mentega, cuma kandungan bahan cecair lebih sedikit berbanding kek biasa. Tekstur adunan juga lebih licin dan lembut.

Ok macam mana? dah dapat bezakan antara cup cake, cupcake dan muffin. Ita harap penerangan yang serba ringkas ini  sedikit sebanyak dapat menjawab beberapa persoalan yang seringkali ditanya. 
 

Kredit; Blog Masam Manis

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]