HAI GAISS HARI NI KITA NAK MASAK LEMANG KUKUS CAWAN

Sri Diah Shaharuddin | 21-06-2019

Di zaman moden ini, adalah menjadi satu kesukaran untuk kita untuk membuat lemang di tengah bandar metropolitan. Mana nak cari buluh lemang yang sesuaian, mana nak cari daun pisang lagi, kayu kayan untuk bahanapi.  Bagaimana pun Chef Suwarsi M.Arukin telah merevolusikan resipi turun temurun ini bagi memudahkan mak-mak di dapur. Mari kita lihat hasilnya yang telah dibuat oleh Puan Sri Diah Shaharuddin.

LEMANG KUKUS CAWAN

Sejenis pantang tengok orang buat, mesti nak cuba jugak. Maka inilah kejadiannya minum petang hari ini. Inovasi lemang cara moden.

Siapa kata payah? Tak. Mudah sangat. Siapa kata tak sedap? Sedap lemak berkrim.

Mari saya kongsi bahannya:

  • 1/2 kilo beras pulut
  • 1 kilo santan
  • 1 sudu makan garam
  • Daun pisang
  • Cawan kertas.

Caranya:
1. Rendam pulut semalaman. Toskan.


2. Masukkan santan dalam jug dan letak garam. Kacau.
3. Panaskan pengukus. Buat gelung daun pisang, letak dalam cawan kertas.

4. Letak.empat sudu makan beras pulut dalam cawan. Curah santan sampai 3/4 cawan.
5. Hentak sikit cawan kertas biar pulut padat. Kukus setengah jam. Siap.

6. Potong bila lemang dah betul-betul sejuk. Saya makan dengan rendang ayam đŸ˜‚

Chef Sue M Arukin lulus kan inovasi lemang ini? Minggu lepas tengok Chef Sue buat demo di TV3.

* Cuma tak ada bahagian yang hangit keras. Tapi saya memang tak suka kerak keras tu.

 

Chef Sue juga aktif menulis buku masakan untuk Grup Buku Karangkraf, untuk resipi-resepi bermutu yang lain, dapatkan juga naskhah beliau iaitu Kek 5 Bahan, Buat Sendiri Pes dan 100 Resipi Lengkap di Alaf 21.

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]