DONAT BERINTI COKLAT MUDAH DISEDIAKAN


Hidangan kek dan pastri sering dijadikan menu ‘pemanis mulut’ tidak kiralah di jamuan sesuatu majlis atau ketika minum petang di rumah.

Walaupun ia bukanlah menu harian wajib namun tidak dapat disangkal lagi, ramai yang menggemarinya terutama kanak-kanak.

Keenakan rasa yang pelbagai ditambah dengan kreativiti penyediaannya menjadikan hidangan itu antara yang perlu ada dalam memikat selera si kecil tersayang.

Dalam senario ini, mungkin ramai ibu bapa bersetuju, membeli hidangan pastri dan kek ini di kedai atau daripada individu mahir lebih mudah berbanding dengan diadun di dapur sendiri namun ketahuilah banyak manfaat diperoleh sekiranya anda sanggup menyediakannya sendiri.

Setiap ibu perlu bijak memainkan peranan terutama dalam memastikan anak-anak dapat menikmati hidangan kek dan pastri sihat hasil ‘air tangan’ ibu tercinta.

Perkara penting yang perlu diberikan keutamaan adalah kuantiti gula supaya hidangan ini tidak terlalu manis.

Berkongsi resipi dan langkah penyediaan hidangan digemari ramai iaitu donat berinti coklat, pengasas Pastryfeel yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembuatan kek dan pastri, Nurizan Abd Bakar berkata, sebut saja donat tentu ramai yang menggemarinya tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

“Namun, masih ramai golongan ibu yang lebih selesa membeli kerana tidak yakin dengan kemampuan diri untuk menyediakan hidangan ini.

“Ramai yang mengakui biasa memasak namun tidak pernah sekali pun cuba membuat hidangan jenis ini termasuk kuih-muih atau roti. Bahan-bahannya:

Empat cawang tepung gandum

Tiga sudu besar mentega Dua sudu besar susu pekat manis

Satu sudu besar gula Setengah cawan air suam Satu paket yis

Sedikit garam

Satu bar coklat untuk inti di dalam donat (dicairkan)

Cara penyediaan:

Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula, yis dan kacau sebati.

Biarkan hingga yis mengembang kira-kira 20 minit.

Ramas dan gaulkan tepung gandum bersama mentega, susu dan garam hingga sebati.

Apabila yis sudah mula mengembang, masukkan yis ke dalam tepung diselang selikan dengan setengah cawan air hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Hakikatnya, anggapan ramai yang menyatakan proses penyediaannya rumit tidak benar kerana jika kena dengan caranya selain mengikut resipi betul, pasti anda juga dapat melakukannya,” katanya.

Tambah Nurizan, tidak perlu lagi menaburkan gula halus pada donut.

Jika suka, boleh memilih coklat kurang kandungan gula untuk pilihan lebih baik. Biarkan doh selama 30 minit, tutup doh dengan kain basah dan biarkan seketika.

Selepas 30 minit, doh akan naik. Anda boleh picit sedikit doh untuk mengeluarkan angin.

Boleh canaikan doh, jangan terlalu tebal dan jangan pula terlalu nipis.

Bentukkan bulat seperti donat kemudian paipkan coklat yang sudah dicairkan ke dalamnya.

Sebelum menggoreng rehatkan donat selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik.

Goreng donat menggunakan api kecil dan minyak yang panas. Selesai menggoreng, golekkan ke dalam gula halus.

 

Kredit artikel; press reader

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]