28 LAUK PAUK LARIS




Kuala Lumpur: Meskipun zaman berubah, Izan Zalikha Rosli, 23, tetap yakin masakan tradisional Melayu masih mendapat tempat dan mampu memenuhi selera pelanggan terutama dalam kalangan umat Islam menjalani ibadat puasa.

Izan Zalikha berkata, minat yang mendalam terhadap bidang masakan mendorongnya untuk berusaha gigih mengasah kemahiran dan mempelajari pelbagai resipi masakan daripada ibunya, Zainab Rosli, berusia 53 tahun.

Dia yang ditemui di Bazar Ramadan Flat PKNS Jalan Kucing, 
di sini, berkata, segala pengorbanan dan usahanya dirasakan berbaloi apabila pelbagai lauk-pauk disediakan laris.

“Sebelum ini, saya membantu ibu berniaga di pasar malam, namun sekarang ini dia lebih banyak memantau kami melakukan tugas memasak lauk.

“Sekarang saya bersama adik-beradik lain meneruskan perniagaan menjual aneka makanan legasi resipi ibu,” katanya yang juga salah seorang peserta program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Katanya, dia mengetahui mengenai Coca-Cola KU, selepas terbaca kempen program berkenaan menerusi promosi dibuat di akhbar Harian Metro.

Gadis itu berkata, selain membuka gerai di pasar malam dan bazar Ramadan, mereka juga mengusahakan Restoran Jelapang Padi terletak berhadapan Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh yang popular dengan hidangan kari kepala ikan.

Manakala di gerai, Izan Zalikha dibantu kakaknya Izyan Zayana, 27, tunangnya Mohammad Zulhilmi, 30, selain saudaranya Umi Kalsom Mustafa, 18.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dipilih sebagai peserta program 5by20 yang banyak membantunya dalam melakukan penjenamaan produk dan merangka strategi pemasaran.

“Saya berasa bertuah kerana dapat belajar daripada pengendali produk minuman terkemuka dunia. Sebelum ini, kami berdepan masalah untuk mempopularkan juadah sebab ada antara pelanggan tak mahu mencuba.

“Kempen Coca-Cola KU membantu kami mempamerkan 28 jenis lauk-pauk dijual dengan cara lebih kreatif hingga semakin ramai pelanggan mahu cuba berbanding sebelum ini,” katanya.

Antara lauk-pauk dijual ialah rebung, terung, siput sedut,hati masak pedas, ikan dengan pelbagai jenis masakan, nasi tomato, ayam masak merah, ayam rendang, kurma daging dan gulai kawah.

“Nasihat saya kepada wanita yang ingin berniaga mencari rezeki halal untuk keluarga ialah jangan malu dan kikis sifat berputus-asa,” katanya.

 

Kredit artikal: harian Metro Online


KATEGORI BUKU
KATALOG
Lihat senarai penuh produk Alaf21 deskripsi dan harga di sini :
  

If you are unable to view file, you can download from here or download Adobe PDF Reader to view the file.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]