GUNA KEMAHIRAN, JANA PENDAPATAN




SIBU: Peserta Kursus Membakar dan Menghias Kek digesa menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menjana pendapatan tambahan bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Fasilitator kursus, Rohani Rajunie daripada Mama Bakery berkata hasil pendapatan jualan kek mereka boleh menampung kos keperluan keluarga ketika masa memerlukan.

“Oleh itu, seni membuat kek ini tidak seharusnya dianggap sebagai menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membuat kek semata-mata.

“Sebaliknya, kita harus memaksimumkan penggunaan ilmu dan kemahiran dipelajari untuk membuat kek berkualiti dan enak, supaya dapat dijual kepada orang ramai,” katanya.

Rohani berkata peserta boleh menjana pendapatan dengan menerima tempahan kek musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina, majlis perkahwinan, ulang tahun, majlis hari lahir dan sebagainya.

Kursus itu dihadiri 16 peserta kebanyakannya terdiri daripada suri rumah dari Bintulu dan Sibu.

“Kursus seperti ini benar-benar membantu wanita tempatan terutama suri rumah untuk mempelajari seni membakar dan menghias kek.

“Ilmu dan kemahiran mereka perolehi membuka ilham mereka menghasilkan pelbagai jenis kek dengan kreativiti masing-masing sekali gus membuka pintu rezeki mereka,” katanya.

Kursus kulinari dianjurkan Mama Bakery itu untuk berkongsi dan menyebarkan pengetahuan membuat roti dan menghias kek terutama wanita dan lelaki mempunyai minat dalam bidang ini.

“Kami mahu melihat terutama wanita dapat mempelajari pengetahuan berharga ini yang mereka boleh guna untuk menjana pendapatan,” katanya.

Kredit Artikel: Utusan Borneo Online


KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]