Diet Nak Kurus Jangan Sampai Memudaratkan Diri

Aizat Razak dan Sharini Sepuan | 27-03-2019

Admin tengok orang sekarang dah sibuk dengan diet. Nak kurus dan nak sihat. Ada macam-macam cara nak kurus. Kadang-kadang diet tu sampai tak makan nasi langsung. Ada tu sampai tak makan langsung. Minum air aje. Ada tu siap buat senaman 24 jam tanpa henti. Isy, itu dah melampau. Bila dah dapat bentuk badan yang diingini, pi bantai makan sampai tak ingat dunia... dah kenapa?

Bukan apa, admin suka nasihatkan korang semua yang nak diet, biarlah diet yang betul. Jangan main hentam keromo aje.Siapa kata nasi tak boleh makan langsung? Siapa kata mihun atau pasta tak boleh makan langsung? Bila kita nak kurus, jangan makan nasi, jangan ambil gula, jangan itu dan jangan ini sehingga membuatkan korang rasa takut dan tertekan.

Perkataan 'jangan' itu sepatutnya kita tukarkan kepada 'kurangkan' sebab selama ini, kita makan dengan berlebihan dan apabila ia diambil secara berlebihan, sekali gus ia menambah berat badan kita secara perlahan-lahan. Maka uruslah pemakanan dengan baik. Secara teorinya, penurunan berat badan adalah bergantung kepada defisit kalori.

Asasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri mencadangkan dalam Panduan Diet Malaysia, bagi orang dewasa yang berumur  18-59 tahun, pengambilan kalori harian adalah seperti berikut:

Lelaki - 2000 kcal/hari

Perempuan - 1500 kcal/hari

Namun tanpa disedari, kalori harian yang kita ambil melebihi daripada keperluan kita yang sepatutnya. Jadi, asas untuk mengurangkan berat badan, kita perlu tahu menguruskan pemakanan kita dengan baiki, iaitu memastikan pengambilan kalori harian kita tidak diambil secara berlebihan.

Secara umumnya, bagi mengurangkan berat badan, pengambilan kalori setiap hari adalah seperti berikut

Lelaki - 1500 - 1800 kcal/hari

Perempuan - 1300 - 1500 kcal/hari

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengiraan keperluan kalori harian, kita boleh membuat carian internet dengan kata kunci 'dcr calculator mifflin'.

Admin sarankan, korang carilah buku Resipi Diet Sihat yang ditulis oleh Aizat Razak dan Sharini Sepuan. Di situ segala info dan resipi tentang cara diet yang betul boleh didapati. 

Selamat berdiet dan berjaya mengurangkan berat badan korang ya.

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]