BILA KAUM IBU TAK SEMPAT MASAK




Semua nak cepat! Bersiap nak pergi kerja, kena cepat. Bersiap nak hantar anak ke sekolah, kena cepat. Nak sampai ke rumah, kena cepat. Anak dan suami dah lapar, kena makan cepat. Anak kecil menangis kehausan, kena bagi susu cepat.

 

Yang penting ibu perlu ke dapur, kena masak juga, tapi nak kupas bawang, halia dan sebagainya ambil masa. Kalau macam ni, mak stres nak oi!

 

Ibu kenapa nak stres sampai meroyan ni? Ibu kalau tak nak stres, apa kata ibu buat pes sendiri. Apa saja masakan yang ibu nak masak tak menjadi masalah. Nak masak sambal Portugis? Nak masak nasi goreng kampung? Nak masak kacang pool? Nak masak rendang? Oh, macam-macam lagi boleh disediakan, ibu. Yang wajibnya, ibu kena sediakan pes awal-awal. Ibu boleh buat sendiri pes waktu hujung minggu misalnya. Dan ibu boleh simpan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama atau sehingga ibu nak masak keesokan harinya.

 

Tahukah ibu dengan buat pes sendiri, ibu boleh jimatkan masa dan tenaga. Malah, boleh digunakan berbulan-bulan jika dimasak dan disimpan dengan cara yang betul. Untuk memastikan pes tahan lama, pastikan bahan-bahannya terdiri daripada bahan segar dan masak dengan minyak yang secukupnya.

Meh, Chef Suwarsi sudah boleh bantu ibu untuk menyediakan pes yang enak lagi berperisa. Resipi pes-pes yang menyelerakan itu ada di dalam buku beliau bertajuk BUAT PES SENDIRI. Terdapat 40 jenis pes yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. Wow! 40 jenis tu! Kalau macam tu, hari-hari boleh masak masakan yang sedap. Antara pes yang dihasilkan seperti khabsa, asam gerang, tom yam, pasta Itali dan macam-macam lagi.

Keluarkan sahaja dari peti sejuk, tumis di dalam periuk atau kuali, masukkan bahan-bahan lain seperti ayam atau daging. Tunggu beberapa minit, tadaaa... dah siap! Kalau nak lagi menarik, hiaslah taburan daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili potong dan sebagainya di atas masakan tadi. Senang, kan?

 

Yang menariknya, disediakan juga 10 resipi bonus untuk menghasilkan masakan dengan menggunakan pes.

Jadi ibu-ibu, katakan tidak kepada ‘tak tahu nak masak apa’, ‘tak ada masa’ dan ‘makan di luar saja’. Kalau sayang keluarga, jom masak sendiri di rumah. Jimat dan berbaloi.

 

BUKU BERKAITAN

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]