SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?



Zaman sekarang ni, kita kena bersaing. Begitu juga dalam pencarian jodoh. Kalau nak sesuatu kena usaha. Kalau asyik guna kuasa menunggu, kadang-kadang jodoh tu lambat macam siput.

Tapi, masing-masing ada mata... boleh menilai mana satu intan mana satu permata. Yang penting, lelaki tu BUJANG. Kalau dah siang-siang tahu dia tu laki orang, jangan kau nak menempah MAUT pulak!

Kalau dah jumpa lelaki yang kau rasa elok agamanya, elok perangainya, tak salah sebagai perempuan nak mencuba nasib. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.
Kadang-kadang lelaki ni ego. Dia nak biar perempuan tu nampak terhegeh-hegeh nak kat dia. Dia rasa macam satu kebanggaan pulak. Bila nampak kita macam dah give up, hah... pandai pulak dia mencari kita. Biasalah tu, dunia oh dunia!

Alah... cuba je! Selagi kita tak cuba, kita tak tahu. Percayalah pada takdir Allah. Kalau dah memang dia ditakdirkan jodoh kita, tak ke mana larinya jodoh tu. Ya tak?

Kalau nak tahu macam mana cara nak tackle lelaki yang ala-ala hati keras macam batu, boleh ikut cara Farah dalam Novel Cinta Mr Ice Block nak tackle Nasrul yang dah tujuh tahun menduda. Eh, ingat senang ke? Macam-macam cara si Farah ni buat. Muka memang kena tebal macam muka tembok. Tapi, Farah peduli apa? Dia akan mencuba sehabis daya.

Bila kena gayanya, cair jugak hati si Nasrul macam ais di bawah terik mentari!

Jadi, jangan lupa dapatkan novel terbaharu ALAF 21, CINTA MR ICE BLOCK daripada novelis Zulfati Hanis. Pasti takkan menyesal.


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]