KEUNIKAN NASI LEMAK SAMBAL STAWBERI HANYA DI CAMERON HIGHLANDS



Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry, Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan lalu, saya berkesempatan bercuti ke Cameron Highlands bersama rakan-rakan blogger.  Usai melaksanakan tugas di Ipoh, Perak, kami menuju naik ke Cameron Highlands. Sesekali buang tebiat dengan rakan-rakan yang sememangnya satu kepala ni memang sangatlah happening. Mana tidaknya, tanpa dirancang, kami sudah pun tiba di puncak Cameron Highlands. 

Terbayang sudah kedinginan suasana yang cukup mendamaikan, panorama ladang teh dan keenakan menikmati buah strawberry. Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali bila mana kami singgah ke sebuah Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry. Jadi, apa yang menarik di situ? Jom terjah!

Pengalaman Menikmati di Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry

Hampir-hampir sebenarnya saya tidak perasan akan kedudukan restoran ini. Namun, atas tunjuk arah rakan blogger, sampai juga saya ke sini untuk merasai kelazatan Nasi Lemak Abang Strawberry. Menikmati Nasi Lemak Abang Strawberry dalam suasana sejuk Cameron Highlands di waktu sarapan pagi mahupun tengah hari memberikan satu perasaan yang awesome gilerrr dan cukup mempesonakan dengan panoramanya yang indah. 

Abang Strawberry memiliki ladang dan restoran di Taman Sedia di sebuah kampung Melayu di pusat bandar Tanah Rata. Terletak di jalan utama antara Brinchang dan Tanah Rata, ladang ini sangat terkenal dengan restorannya - 200 Seeds Cafe. 

 

 

Hidangan yang paling terkenal di kafe ini adalah 'Nasi Lemak Ayam Berempah', kegemaran rakyat Malaysia di mana ia disediakan dengan menu tambahan iaitu Sambal Strawberry. Di restoran ini juga, terdapat pelbagai pilihan menu lain yang korang boleh dapati. Ada juga nasi putih dan juga makanan seperti kek, western dan lain-lain. Pastri, scone dan pencuci mulut juga ada disediakan.  Yang menjadi tarikan unik saya dan rakan-rakan ke sini adalah Sambal Strawberry. Pernah tak korang dengar atau makan Sambal Strawberry? Tentu sekali korang terdetik di hati, “Eh! Sedap ker?”, “Macam mana rasanya?”, “Weirdnya… Pelik sangat pulak sebab strawberrykan buah dan manis”. Jangan tak percaya! Sebab perkara-perkara pelik ni lah wujud dan menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk singgah dan merasainya. 

 

 

Kami juga berpeluang menemu ramah anak lelaki pemilik Abang Strawberry itu sendiri. Difahamkan suatu ketika dahulu ibunya menjalankan perniagaan katering. Dalam banyak-banyak menu lauk yang dihidangkan, ibunya dengan sengaja telah menyediakan satu set menu baru iaitu Sambal Strawberry. Sungguh pelik ketika itu dan ramai yang tidak mengetahuinya, jadi berpusu-pusu ingin merasainya. Ternyata ramai memuji kelazatan sambal strawberry tersebut.

Sehinggalah seorang pegawai mencadangkan kepada beliau untuk mengkomersilkan dalam bentuk botol. Dari situ, pemilik terdetik idea dan terus merancang serta memasarkan produk sambal strawberry secara eksklusif. 

 

 

Menikmati Nasi Lemak Abang Strawberry

Dah sampai di situ, takkanlah tak nak cuba nasi lemaknya kan. Jadi, kami mencari tempat duduk yang sesuai untuk menjamu selera dek perut yang sudah kelaparan. Sementara menunggu pesanan kami sampai, kami berbual-bual dahulu. Dan tiba masanya, hidangan kami sampai satu persatu. WoW!!! Sangat menarik dan teruja nak mencubanya. 

Dengan suasana cafenya yang cukup selesa, jadinya kami menghabiskan makanan yang dihidangkan licin tanpa kata-kata dan bunyi. Eh! Nampak sangat kelaparan masing-masing ye. Almaklumlah, hidangan yang disediakan juga menarik dan sedap. Memang rugi pada siapa yang belum cuba lagi.

 

Nasi Lemak Sambal Strawberry

 

Minuman strawberry beraneka jenis

 

Lawatan Ke Sekitar Abang Strawberry Farm

Usai makan, kami dibawa pula melawat kawasan sekitar Abang Strawberry Farm. Memang cukup luas. Tengok buah strawberry kat pokok tu memang geram sungguh nak petik semua. Tapi, cukuplah hanya beli di ruang cafenya sahaja. Kang banyak-banyak tak termakan pula. Hehehe...

 

 

Bukan setakat itu, korang juga boleh dapatkan produk-produk lain berasaskan strawberry di ruang kedai khas yang disediakan. Memang sangat banyak. Ada coklat, jus, dan juga sambal strawberry pun korang boleh dapatkan di sini. Memang berbaloi dan puas hati lah kalau korang singgah dan lama-lama di sini. Macam-macam ada!

 

Jika ada di antara korang yang ke Cameron Highlands dan teringin nak makan nasi lemak sambal strawberry ni, bolehlah cuba makan di Abang Strawberry Farm & Cafe. Nak tahu rasanya? Korang kena lah datang dan cuba sendiri!

Kredit sumber: Blog Illya Leya

 

Nak tahu kisah nasi lemak sambal strawberi antara Intan Nawrah & Alexander Zulkarnaeen. Bagaimana Alexander Zulkarnaeen memikat Intan Nawrah, boleh dapatkan novel CALON ISTERI ALEXANDER ZULKARNAEEN, karya Mastura Abdullah.

 


KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]