Tahukah anda terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karakter, punca dan rawatan. 4 jenis sakit kepala ini adalah antara yang paling biasa berlaku.
Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan demam, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tegang di tengkuk dan ruam

Maka, berjumpalah dengan doktor jika sakit berterusan.
Sumber: Public Health Malaysia