Khasiat Limau Kasturi

Jie | 22-09-2020
Limau kasturi
Limau kasturi

KHASIAT LIMAU KASTURI

Limau kasturi jika dimakan begitu sahaja rasanya cukup masam. Sebab itu buah ini biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan.

Namun kegunaan limau kasturi tidak terhenti begitu sahaja. Buah yang dikenali dengan nama calamansi ini juga mempunyai banyak manfaat daripada segi perubatan dan baik untuk kesihatan.

Limau kasturi secara saintifiknya dikenali sebagai citrus mircrocarpa. Buahnya lebih kerap digunakan ketika kulit masih hijau di bahagian luar. 

Nutrien yang Terdapat dalam Limau Kasturi:

- Asid Askorbik

- Kalsium

- Magnesium

- Fosforus

- Besi

- Zink

- Sodium

- Gula

 

Manfaat Limau Kasturi Untuk Kesihatan

1. Membantu Menyahtoksin Badan

Jus yang diperah daripada buah limau kasturi dikatakan bermanfaat dalam membantu merangsang pembuangan air kecil keluar daripada buah pinggang. Selain itu, jus ini juga dikatakan baik sebagai agen penyahtoksin. Hal ini sekali gus membantu dalam menguatkan fungsi hempedu, ginjal, buah pinggang dan juga hati terutamanya  dalam membuang toksin berlebihan daripada tubuh.

2. Membantu Memperbaiki Kesihatan Pernafasan

Kandungan tinggi tahap asid sitrik dalam jus buah limau kasturi amat bermanfaat dalam membuang lendir dan kahak, yang menyebabkan jangkitan sering merebak. Pengambilan jus ini sekali gus mampu melegakan keradangan pada tekak dan juga saluran pernafasan.

3. Membantu Menjaga Kulit

Dikatakan di benua Asia, kebanyakan orang telah menggunakan jus buah limau kasturi sebagai bahan untuk penjagaan kulit. Ia berfungsi sebagai agen pemutihan. Selain itu ia juga dikatakan mampu membantu memberi antioksidan pada kulit, sekali gus dikatakan mampu membantu mencegah kedutan dan tanda-tanda penuaan lain.

4. Membantu Mengawal Diabetes

Dikatakan pengambilan jus buah limau kasturi mampu membantu mengatur pengeluaran glukosa dan juga insulin dalam aliran darah.

5. Membantu Meningkatkan Imuniti

Kandungan Vitamin C dalam buah limau kasturi dikatakan bermanfaat dalam memberi peningkatan yang luar biasa dalam sistem imun. Ternyata di sebalik rasa masam limau kasturi, bermanfaat untuk kesihatan.

6. Membantu Mengawal Tahap Kolesterol

Dikatakan ada kajian menunjukkan kajian pengambilan jus buah limau kasturi bermanfaat dalam menurunkan kadar kolesterol.

7. Mencegah Bau Badan

Dikatakan mereka yang mengalami masalah bau badan akibat menderita masalah peluh yang banyak boleh menggunakan buah limau kasturi. Buah ini mengandungi sifat antibakteria dan boleh membunuh bakteria penyebab bau badan busuk. Gosok buah limau kasturi pada bahagian badan yang busuk atau anda boleh mandi air rendaman buah limau kasturi.

Kredit: http://mingguanwanita.my

BUKU BERKAITAN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
    UMUM
      RESEPI

        NEWSLETTER

        Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]