Trend Warna Pilihan Baju Bridesmaid 2020

Ida | 08-09-2020
Tema Tahun 2020

Setiap perkahwinan memerlukan pengiring pengantin bagi menambahkan seri majlis selain tugas mereka untuk membawa dulang hantaran. Jom sama-sama kita tengok warna baju pengiring pengantin atau bridesmaid yang menjadi trend masa kini.


Kuning

Kuning adalah sejenis warna magis, bukan? Ia juga adalah warna Diraja. Bukan sahaja memberi dorongan apabila anda mengenakannya, tetapi juga dapat membantu menceriakan potret perkahwinan anda! Terdapat pelbagai jenis warna kuning yang sesuai untuk digayakan semua orang, tetapi warna kuning emas yang kelihatan mewah menjadi pilihan kita pada masa ini.


Merah Ungu (Burgundy)

Gaun pengiring pengantin burgundy yang diinspirasikan oleh warna wain tetap popular pada tahun 2019 di negara barat. Warna ini juga antara kegemaran pengiring pengantin dan mudah didapati di pasaran dalam negara. Rona permata mewah ini sangat sesuai untuk perkahwinan tradisional Melayu atau ala barat yang romantis.


 

Merah Jambu Lembut (Dusty pink)

Merah jambu lembut telah lama menjadi pilihan warna pengiring pengantin yang suka kelihatan bergaya dan ia tidak pernah berubah. Walau bagaimanapun, warna merah jambu pudar (lebih dikenali pink belacan), menjadikan busana pengiring pengantin lebih cantik dengan rona warna merah jambu cair dan lebih ke arah merah jambu mawar yang lembut. Keanggunan lebih terserlah.


 

Biru Navy

Dijangkakan warna yang diilhamkan daripada batu permata ini menjadi warna ‘paling IN’ untuk gaun pengiring pengantin pada tahun 2020. Warna biru laut ini menarik perhatian ramai dalam beberapa koleksi di New York Bridal Fashion Week dan warna ini memberikan keseimbangan sempurna antara yang berani dan tradisional. Tidak begitu seksi seperti warna hitam, tetapi ia adalah pilihan yang agak bergaya dan elegan sekiranya perkahwinan bertemakan warna gelap. Biru laut ini juga menjadikan hari anda tampak mewah!


 

Biru Lembut (Dusty blue)

Gaun pengiring pengantin biru antara yang menjadi pilihan secara konsisten sejak 2019. Namun, pada tahun 2020 warna biru lembut atau dusty blue ini yang lebih mendapat perhatian ramai. Warna lembut dan sederhana ini kelihatan lebih sejuk dan sesuai dengan tona semua jenis warna kulit dan juga sesuai dipadankan dengan palet warna-warna lain.


 

Merah Senduduk (Mauve)

Walaupun warna ungu lavender menjadi popular pada tahun 2018 dan warna ungu pekat adalah warna ‘paling IN’ untuk tahun 2019, pada tahun 2020 warna merah senduduk ini adalah antara yang menjadi pilihan pengiring pengantin. Warna ini lebih kepada campuran kelabu dan ungu tua. Ia pasti kelihatan sangat cantik dan elegan untuk semua jenis tema perkahwinan.


 

Tidak kira apa pun tema perkahwinan seseorang itu, yang penting pengiring pengantin juga perlu anggun agar perkahwinan itu kelihatan lebih menyerlah dan penuh pesona.


 

Anda tahu apakah warna pilihan Aisyah untuk baju #bridesmaid sewaktu majlis perkahwinan kakaknya Aireen? Anda tahu siapa Aisyah? Kalau anda ingin mengenali Aisyah, jangan lupa dapatkan novel #Bridesmaid karya Liza Nur di pasaran!

Sumber artikel: bellethemagazine.com

Sumber gambar: Google

 

BUKU BERKAITAN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]