BAHAN ASAS DAN FUNGSI MEMBUAT ROTI

Ruby | 18-08-2020

Bahan-bahan membuat roti merupakan perkara utama yang perlu diambil tahu. Berikut dikongsikan bahan-bahan asas membuat roti, ban manis, loaf dan fungsinya. Sebaik-baiknya anda perlu memahami kepentingan bahan-bahan tersebut agar roti yang dihasilkan akan menjadi sempurna.

Tepung gandum atau tepung berprotein tinggi merupakan bahan utama dalam penghasilan roti.

 


Air sejuk dan ketulan ais memperlahankan proses pengembangan roti supaya roti naik sekata.

 

Susu tepung memberikan rasa lebih lemak dan enak.

 

Marjerin/mentega menambahkan rasa dan membantu dalam proses pembakaran untuk mendapatkan warna yang cantik.

 

Yis merupakan bahan utama dalam proses pengembangan roti.

 

Telur adalah untuk melembut dan menghaluskan roti.

 

Selain menambahkan rasa manis, gula juga membantu untuk menyuburkan yis.

 

Pelembut roti merupakan krim yang bertindak untuk mempercepatkan proses menguli dan mengelastikkan doh. Mampu menambahkan saiz roti menjadi lebih besar. Menjadikan struktur roti lembut dan tidak mudah berkedut.

 

Garam sebagai bahan perasa utama dalam setiap masakan, termasuk dalam pembuatan roti.

 

Jadi, kepada mereka yang bercita-cita hendak menghasilkan roti sendiri, kena belajar dan ambil tahu setiap kegunaan bahan asasnya. 

 

Boleh jadikan buku ini sebagai rujukan dalam pembuatan roti. Terdapat resipi-resipi roti yang enak.

BUKU BERKAITAN
KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]