MENGAPA PENJARAKAN SOSIAL 1 METER?


Apabila kita bersin, kadar kelajuan titisan cecair atau droplet dianggarkan 150km/j dan boleh tersebar antara satu hingga dua meter.

 

Berdasarkan kajian-kajian saintifik terhadap virus yang menyerang saluran pernafasan sama seperti COVID-19, satu meter adalah jarak minima yang memadai tapi lebih dari itu adalah lebih baik.

 

Asasnya ialah semakin dekat kita dengan orang yang telah dijangkiti COVID-19 semakin tinggi peluang untuk kita terkena jangkitan.

 

Jarak satu meter ini disokong WHO dan majoriti negara menggunakan jarak ini sebagai jarak minima untuk penjarakan sosial seperti China, Hong Kong, Denmark, Perancis termasuk Malaysia.

 

Ada juga negara menetapkan jarak minima berbeza seperti Korea Selatan (1.4m), Australia, Jerman, Itali (1.5m), Amerika Syarikat (1.8m) dan UK, Kanada serta Sepanyol (2m).

 

Kajian terbaharu yang dikeluarkan jurnal perubatan, The Lancet, menyatakan jarak satu meter sudah cukup untuk mengurangkan risiko jangkitan.

 

Selain jarak, faktor masa juga diambil kira.

 

Berada selama enam saat pada jarak satu meter dengan positif COVID-19 sama risiko untuk terkena jangkitan jika berada satu minit pada jarak dua meter.

 

Asasnya, makin lama kita berada dekat dengan positif COVID-19 makin tinggi risiko untuk kita terkena jangkitan.

 

Faktor inilah antara kriteria digunakan oleh petugas kesihatan KKM di lapangan untuk menjejaki kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

 

Kerana itu, tidak semua orang yang pernah berhubung rapat dengan positif COVID-19 dikategori kontak rapat.

 

Juga, tidak tidak semua kontak rapat yang telah dikenal pasti itu dijangkiti COVID-19 kerana faktor jarak dan masa.

 

Kredit info: Kementerian Kesihatan Negara

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]