Jangan Cuai Simpan Hand Sanitizer

Jie | 04-06-2020
Sanitizer
Hand sanitizer

 

Bahaya sangat kalau kita terlepas pandang akan hal ni. Sejak wabak Covid19 ni semakin teruk, boleh kata setiap rumah sekarang ada simpan hand sanitizer. Hand sanitizer yang berkesan untuk membunuh kuman ialah jenis yang mengandungi alkohol yang tinggi, lebih daripada 60%. Biasanya daripada jenis etanol atau isopropil alkohol.

 

Di sebalik keberkesanannya membunuh kuman, harus diketahui jika kanak-kanak tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alcohol akan dan boleh berlaku. Keracunan ini boleh membuatkan kesan khayal, tingkah laku berubah, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal serta jantung berdegup kencang. Manakala keracunan yang teruk pulak akan sebabkan saraf pusat dan sistem pernafasan terganggu, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun. Paling membimbangkan ada kes kanak kanak keracunan hand sanitizer ni sehingga berlakunya sawan! Itu sebab ibu bapa kena jauhkan hand sanitizer ni daripada kanak-kanak dan simpan di tempat yang selamat. Kanak-kanak mudah tertarik bila nampak botol yang cantik. Pulak tu sekarang hand sanitizer ada macam-macam bau wangi. Lagilah mereka suka hidu dengan hidung dan rasa dengan lidah. Ibu ayah, tolong beringat ya.

 

Jangan sesekali terlepas pandang. Sekejap pun dah boleh mengakibatkan kecederaan pada anak yang kita sayang. Jangan tunggu sehingga ada dalam kalangan kita yang jadi mangsa dan viral, baru masing-masing mula nak cakna dan bertindak!

 

SUMBER : FB Ahmad Luqman Bukhari

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU

NEWSLETTER

Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]