RESIPI SIHAT IFTAR DARIPADA AIZAT RAZAK


Siapa yang tidak mengenali Aizat Razak? Seorang lelaki yang dulu mempunyai berat badan 220 kg kini berjaya menurunkan berat badan ke 95 kg. Amalan pemakanan yang dijaga dengan betul dan diet yang sempurna serta aktiviti senaman membanggakan empunya diri. Menerusi grup Facebook Tip Resipi Diet Sihat, beliau ada berkongsi resipi sihat berbuka puasa. Malah, tidak ketinggalan resipi sahur.

.

Jom kita cuba salah satu resipi berbuka puasa yang boleh anda ikuti.

 

Mahu variasikan rasa nasi supaya tidak bosan sepanjang diet?

Ini solusi nya! Nasi Minyak Zaitun!

Minyak zaitun sangat bagus dan memberikan banyak manfaatnya. Jadi saya ubah suai dari resipi ibu mertua saya menjadi lebih sihat.

Bahan-bahannya (untuk 2 kali makan):
- 100gm beras (350 kcal)
- 1 sudu besar minyak zaitun (untuk menumis gunakan pure olive oil) (90 kcal)
- 6 ulas bawang putih
- kayu manis
- Daun pandan.
- air

Caranya:
1. Tumis semua bahan.
2. Masukkan dalam periuk nasi bersama beras. Gaul sekata
3. Masukkan air dan masak.

Daripada 100gm beras menghasilkan lebih kurang 250gm nasi. Jadi bahagia 2 siap-siap.

Makan bersama ayam bakar dan salad.

Selamat mencuba!

 

 

 

Kredit: FB Tip Resipi Diet Sihat

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]