Makanan Sejuk Beku Juga Berkhasiat! Ini Alasannya…


Makanan sejuk beku adalah cara paling senang untuk orang bujang memasak. Ianya senang didapatkan, ringkas dan cepat! Penggunaan sejuk beku bukan sahaja pada makanan yang telah diproses begitu juga kepada makanan segar untuk diguna lebih lama.

Biasanya ia terkenal dengan sifat kurang bernutrisi dan tidak segar. Namun tidak semuanya begitu, masih ada alasan lagi untuk kita semua menikmati makanan sejuk beku.

Bijak memilih

Anda harus tahu bahan kandungan yang digunakan dalam makanan sejuk beku. Elakkan memilih yang mengandungi tinggi bahan pewarna, perasa tambahan dan bahan pengawet. Bagi menjaga kebaikan dalam pemakanan, anda harus elak dari membeli makanan sejuk beku mengandungi sodium, lemak trans dan gula (jika tiada pilihan ambil yang paling renda). Bagi sayuran dan buahan, periksa ia tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Ingat! Kita sentiasa punya pilihan.

Segar campur sejuk beku

Mereka yang membeli makanan sejuk beku biasanya untuk menjaga bajet isi rumah. Jangan risau, jika anda rasa gusar dengan kesihatan melalui pemakanan. Anda sentiasa boleh campurkan bahan-bahan segar kedalam makanan sejuk beku, Sebagai contohnya, spagheti yang dimasak melalui microwave dihiaskan dengan salad tambahan. Selain itu, banyakkan memilih pek-pek makanan dari protein dan bijiran penuh.

Daging, buah dan sayuran

Buah-buahan dan sayuran yang disejuk beku lebih terjamin kesegarannya berbanding dengan yang diletakkan kaunter jualan. Alasannya buahan dan sayuran di kaunter terpaksa disembur dengan bahan-bahan kimia tertentu untuk terlihat segar dan lebih tahan lama. Berbeza yang disejuk beku hanya disimpan didalam keadaan sejuk. Begitu juga dengan daging sejuk beku, ia tidak terdedah dengan sebarang bahan pengawet dan harganya jauh lebih rendah. 

Kredit: wanista.com

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]