Biar jadi legasi, Permaisuri Agong seru pertahan seni jahitan tradisional


KUALA LUMPUR, 30 Okt — Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa seni jahitan tradisional kembali diperhebat.

Raja Permaisuri Agong berkata seni berkenaan wajar diwarisi generasi muda agar terus menjadi kebanggaan negara.

“Kita juga kena ajar anak-anak kita mengait, menganyam dan menyulam. Hidupkan kembali seni jahitan tradisional.

“Banyak lagi kraf sebagai warisan kita. Inilah sebabnya saya menjuarai dan mahu meninggalkannya sebagai legasi.

“Mari lakukannya demi Malaysia. Tunjukkan kepada jiran kita dan berbangga dengan seni kita,” tulis baginda di Twitter semalam.

Pandangan baginda mendapat sokongan penuh warga maya yang mahu swni jahitan tradisional terus dipelihara.

Walau ramai mengakui tidak berpeluang mendalami seni berkenaan, tidak kurang berkongsi gambar kehebatan mereka menyulam dan mengait.

Kebanyakan warga maya menyokong hasrat baginda, malah sekurang-kurangnya berbelas-belas dari kalangan mereka termasuk lelaki memuat naik foto hasil sulaman tangan mereka mahupun ahli keluarga ibu mereka.

“Alhamdulillah, arwah nenek ajar patik mengait masa umur sembilan tahun. Boleh jugak buat jualan kecil-kecilan,” kata Dayang Noor.

Kredit:Msn News

 

KALENDAR ALAF 21
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]