MANUSKRIP
PENGENALAN

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN.BHD

adalah sebuah syarikat penerbitan yang terunggul di rantau ini. Setelah lebih 33 tahun beroperasi, iaitu dari tahun1978 kini syarikat ini mampu memiliki dan menguasai teknologi tinggi dalam bidang percetakan dan penerbitan buku, akhbar Sinar Harian dan lebih 20 majalah berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia. Malah, syarikat yang diasaskan oleh Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacub telah melangkah satu lagi kejayaan dengan memperkenalkan penyertaan mereka dalam dunia penerbitan digital, melalui eMall dan secara rasminya melancarkan aplikasi Android dan iOS untuknya.

 

Kejayaan KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD adalah atas usaha dan penggemblengan tenaga syarikat-syarikat bersekutu di bawah naungannya. Peranan syarikat-syarikat bersekutu ini amat besar dan penting serta sering menjadiidola oleh syarikat-syarikat luar. Kesemua syarikat bersekutu ini telah menyerlahkan profesionalisme dan memberikan sumbangan besar dalam mengukuhkan lagi organisasi ini dari semasa ke semasa.

Syarikat-syarikat bersekutu Kumpulan Media Karangkraf: Grup Majalah Grup Buku Karangkraf Grup Sinar Grup Percetakan

 

PROFIL ALAF 21

 

ALAF 21 mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail.Dengan tertubuhnya ALAF 21, menandakan pihak KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD sebagai syarikat induk yang fokus pada penghasilan buku iaitu, genre novel, umum, resipi dan kraf. ALAF 21 kini telah diletakkan di bawah GRUP BUKU KARANGKRAF di samping anak-anak syarikat yang lain iaitu Buku Prima dan Karya Bestari.

ALAF 21 amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa dahagakan bahan bacaan yang berkualiti.Justeru, ALAF 21 melakukan proses pemilihan manuskrip yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca, sesuai dengan moto terdahulu ‘Mari Meluncur di Lautan Ilmu’. Buku-buku yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap,kreatif dan tentunya tidak stereotaip. Tidak hairanlah, ALAF 21 telah melahirkan ramai penulis novel, motivasi, resipi dan kraf yang kini sudah punya tempat di hati pembaca. Malah, ALAF 21 juga mempunyai tenaga editor dan grafik yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF 21 kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pasaran buku turut meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia. Dari segi promosi pula, ALAF 21 mempunyai tenaga yang cukup kuat menjalankan kerja-kerja promosi di seluruh negara dengan kerjasama penulis-penulis.

 Laman Web ALAF 21,Facebook dan Twitter turut membantu dalam pemasaran buku-buku. Disamping itu, pembaca boleh membaca karya-karya, terutama novel secara alam maya melalui laman portal [email protected] Di situ, bukan sahaja penulis-penulis novel yang sedia ada menghantar karya, malah sesiapa sahaja boleh mengaplikasikan karya mereka untuk tatapan umum. Pembaca juga boleh melanggan secara pos atau secara online melalui www.mall.karangkraf.com untuk mendapatkan bahan bacaan ALAF 21.

VISI
Organisasi media unggul berwibawa yang memahat nilai dan mencorak minda untuk kesejahteraan insan

MISI
Memupuk modal insan perkasa yang terampil, inovatif dan bermotivasi Menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti serta bermanfaat yang memberi nilai tambah Mengoptimumkan penggunaan sumber dan memacu teknologi untuk penguasaan pasaran berterusan Bersama memenuhi tanggungjawab sosial untuk kebahagiaan manusia dan kelestarian alam.

SENARAI BUKU