diskaun buku yang mengerikan kembali
25 Oktober 2019-03 November 2019
Lokasi:Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Acara hangat tahunan yang bakal membuatkan adrenalin anda memuncak kembali. Anda akan terpukau dengan diskaun yang diberi.

Bertempat di Kompleks Karangkraf dan bakal berlangsung selama sepuluh hari bermula 25 Oktober - 3 November 2019, dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.

Daripada menyeru roh ‘spirit of the coin’ atau bertenung nasib ke bomoh ekor adalah lebih baik RM1 itu dilaburkan kepada buku. Ya, jualan serendah RM1 juga kembali. Pelbagai genre tersedia termasuk novel, resipi, buku cerita, buku pendidikan dan pelbagai jenis terjemahan al-Quran.

Buku sebaik-baik teman, ilmu pula adalah sebaik baik saka.

Nantikan pakej-pakej  menarik yang akan diumumkan daripada kami. Persiapkan diri anda bagi menghadapi semua ini. Cop masa serta tarikh dan sila datang segerombolan dengan keluarga, suami atau isteri.

Oh ya, jangan lupa beritahu jiran anda sekali!

#Ngeridenganhargaserendahini
#DiskaunYangMenakutkan
#jualangudangkarangkraf
#AmukkanBukuRM1