khas buat warga perak! jom meriahkan festival islam antarabangsa perak!
28 Mac 2019-31 Mac 2019
Lokasi:Dewan EMV Manjung, Perak

Pening memikirkan aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini? Kini anda tidak perlu risau lagi, bawa saja anak-anak anda ke Festival Islam Antarabangsa Perak di Dewan EMV Manjung, Perak bermula 28 hingga 31 Mac 2019, pasti anda tidak akan menyesal.
 
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang 4 hari ditawarkan kepada anda antaranya Quran Hour, pertandingan melukis, mewarna, bowling, futsal, laungan azan, hafazan dan nasyid.
 
Anda juga berpeluang bertemu mesra bersama penulis Karya Bestari, Ustaz Hanafiah Abd Malek pada 28 Mac 2019 jam 9.25 malam, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi pada 28 Mac 2019 jam 10.05 malam dan Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail pada 30 Mac 2019 jam 8.50 malam.
 
Jangan lupa kunjungi booth KARANGKRAF yang menawarkan jualan Al-Quran, buku dan novel terbitan Karya Bestari, Alaf 21, Buku Prima, Buku Pojok dan Bestari Karangkraf dengan harga diskaun buku serendah RM 5.00 dan diskaun sehingga 50%.
 
MOH KITE YOP & YONG!
 
#KarangkrafFIAPerak2019

KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]