hebat dalam karier
hargaRM 12
kategoriUmum
penulis
Fadzilah Jabar
halaman144
berat0 gram
tarikh terbit21 September 2010
isbn978-983-124-597-2
SINOPSIS
SELEPAS menamatkan pelajaran peringkat menengah atau universiti, pasti impian anda seterusnya adalah untuk mendapat kerja yang diidamkan. Bagi mereka yang bermotivasi tinggi, sudah tentu menyimpan cita-cita untuk terus meningkat dalam karier yang mereka ceburi. Hasilnya, mereka mampu hidup selesa dengan apa yang mereka miliki.

Namun untuk membina kejayaan ini, pasti ia bukan semudah yang diperkata atau diangan-angankan. Anda perlu bekerja keras dan mempunyai strategi untuk mencapai impian anda. Bermula dari bawah, anda harus pertingkatkan prestasi sehingga dilabel sebagai pekerja cemerlang. Dari situ teruskan langkah anda meniti tangga kecemerlangan satu per satu tanpa menoleh ke belakang lagi. Buku HEBAT DALAM KARIER ini merupakan kompilasi artikel dari majalah Dara.com. Tujuannya untuk berkongsi idea dan tip-tip istimewa bagi membantu anda mengekalkan semangat kendiri dan terus hebat dalam dunia pekerjaan.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]