syoknya belajar!
hargaRM 9
kategoriUmum
penulis
Mohd Razali Kamarudin
halaman254
berat250 gram
tarikh terbit06 September 2008
isbn978-967-860-327-0
SINOPSIS
SYOKNYA Belajar! dapat membantu anda dalam melakarkan kejayaan dalam pelajaran. Hal ini kerana kejayaan dalam bidang akademik merupakan impian dan cita-cita bagi semua pelajar. Untuk mencapai kedudukan yang cemerlang anda tentulah berhadapan dengan peperiksaan demi peperiksaan.

Justeru, untuk menghadapi peperiksaan, anda perlu tahu teknik belajar secara berkesan. Anda tidak perlu terlalu serius memikirkan tidak cukup masa untuk belajar, sebaliknya anda perlu bijak mengawal masa.

Buku ini memuatkan pendekatan terbaik agar anda berasa syok belajar seperti belajar merancang penggunaan masa, teknik mencatat nota, kaedah membaca dan mengingat sehinggalah kepada tip-tip menjawab soalan peperiksaan.

Yakinlah bahawa anda boleh bertindak sendiri tanpa arahan sesiapa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]