nak jadi jadi
hargaRM 10
kategoriUmum
penulis
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
halaman320
berat300 gram
tarikh terbit29 April 2009
isbn978-967-86-0332-4
SINOPSIS
SETIAP perbuatan yang kita lakukan adalah tanggungjawab kita sendiri. Sebelum melakukan sesuatu, fi kir dahulu kesan dan akibat daripada perbuatan kita itu.

Kali ini, DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj mengajak kita berfi kir dahulu sebelum melakukan sesuatu di dalam buku NAK JADI JADI dengan menggunakan pendekatan yang amat santai.

NAK JADI JADI mengajak kita berfikir dan perlukan usaha yang lebih untuk mendapatkan sesuatu. Kita tidak akan nampak hasilnya jika hanya pandai bercakap tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mencapai target tersebut. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Namun, ragam manusia sentiasa memberi alasan tiada kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara.

Berhentilah memberi alasan kerana kita sebenarnya bukan tiada kelebihan tetapi tiada kekuatan untuk melakukan perkara tersebut. Jadi, besarkan kekuatan atau yang lebih tepat matlamat anda. Insya-ALLAH anda akan berjaya.
KATEGORI BUKU
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke [email protected]